TEMUJANJI KESIHATAN
S etiap 3 bulan, ma ada appointment pemeriksaan kesihatan dengan Doktor di Klinik Kesihatan Kerajaan berhampiran dengan kediaman kami. Ma merupakan pengidap penyakit 'kencing manis', oleh itu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan memantau tahap kesihatan pesakit dari semasa ke semasa. Aku harus akui bahawa Malaysia merupakan negara yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat rakyat dalam kategori B40. Pesakit hanya perlu membayar RM1 sahaja untuk mendapatkan rawatan atau kaunsetasi dari doktor kesihatan. Prosedur rawatan yang diguna pakai di Klinik Kesihatan Kerajaan di sini ialah setelah melakukan pendaftaran, pesakit harus menjalani saringan terlebih dahulu dari segi tekanan darah tinggi dan berat badan ketika itu. Kemudian pesakit akan dikategorikan mengikut kawasan kediaman. Ada 2 kategori yang biasa dipraktikan iaitu pesakit dari kawasan A atau kawasan B. Kebiasaan, hari Ahad hingga Selasa merupakan hari bilangan pesakit lebih tinggi berbanding h...