Posts

Showing posts with the label UNIVERSITY

Kisah Pindah Rumah

  Aku teringat satu kenangan yang cukup manis apabila di ingati kembali ketika masih bergelar mahasiswa dahulu. Aku dan beberapa orang kawan, pernah mengambil upah angkat barang orang yang ingin pindah rumah. Satu hari, aku tengah lepak bilik pok nik (kaunselor di KPTM Pasir Mas). Tiba-tiba mat zul (budak ganu belajar kejuruteraan) masuk dalam bilik tersebut sambil bertanyakan adakah kami berminat mengambil upah angkat barang kerana abangnya ingin pindah rumah. Aku ketika itu, hanya mengikut suara majoriti. Akhirnya kami bersetuju untuk bantu abang mat zul untuk pindah rumah. Hari yang dijanjikan telah tiba, kami menuju ke lokasi yang ditetapkan dan bila sampai ternyata rumah apartment. Kami harus membawa barangan dari tingkat atas turun ke tingkat bawah. Tiada lift disebabkan ia adalah apartment 4/5 tingkat. Barangan yang perlu dipindahkan seperti katil, almari baju dan lain-lain lagi. Sejujurnya aku memang tak larat gila waktu itu, namun mengenangkan upah yang bakal diberikan kep...

PELAJAR MASTER

  Aku ingin kongsikan sedikit pengalaman aku menghadiri pembentangan thesis calon-calon Ijazah Peringkat Sarjana atau MASTER. Pembentangan dijalankan pada peringkat fakulti. Kebetulan ketika itu, aku berada di Jabatan Pengajian Media, Dr Siti salah seorang lecture, Jabatan Pengajian Media mengajak aku untuk menemani beliau mengikuti pembentangan tersebut. Ada beberapa orang calon MASTER sedang menanti giliran ketika aku sampai di bilik mesyuarat kalau tidak salah ingatan aku. Selain, itu ada beberapa orang pesyarah kanan fakulti, mungkin mereka merupakan penilai bagi sesi pembentangan terbabit. Aku selaku pemerhati, hanya melihat dan cuba memahami setiap pembentangan. Nampak mudah tetapi hakikatnya hanya mereka yang mengambil MASTER mengetahui cabarannya. Setiap calon MASTER , mula membentangkan penulisan mereka dan ada beberapa yang mendapat teguran dari barisan pesyarah kanan fakulti yang hadir. Kesalahan yang dilakukan, seperti tiada nota kaki atau senarai rujukan penu...

Malam di Universiti

 Walaupun hampir 20 tahun aku meninggalkan Universiti, masih ada kenangan yang aku ingat sampai sekarang. Terutama suasana Universiti pada waktu malam. Suasana malam di luar kampus amat berbeza dengan suasana dalam kampus. Kebiasaan bila malam, aktiviti warga Universiti hanya dapat dilihat di kawasan kolej Kediaman.  Pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman boleh dibahagikan kepada 2 jenis, pertama ialah jenis suka terlibat aktiviti yang melibatkan kolej kediaman manakala satu jenis lagi yang suka buat hal sendiri. Aku merupakan penghuni yang jenis sertai program anjuran Kolej Kediaman. Setiap malam, ada sahaja mesyuarat anjuran ahli jawatankuasa pelajar kolej kediaman dengan para penghuni. Kadangkala sehingga larut malam. Disebabkan penglibatan yang terlalu kerap sehinggakan aku hilang tumpuan dalam penulisan tesis. Waktu malam, jika orang luar datang, pasti dapat melihat para pelajar duduk berpasangan.  Bagi bangsa cina atau india, ramai dikalangan mereka berpasangan keti...

After 18 years finished studying

  When it comes to time, there are definitely many things to say. For me, one of the most memorable moments is when I was a student at the University of Malaya, Kuala Lumpur.  A person who is weak in communication with others, can suddenly continue my studies at a leading University in Malaysia. Until now, I feel like a dream to be an alumnus of the University of Malaya. Yesterday, I suddenly remembered the memories of my time at the University. Apparently I had left the University for 18 years. It feels like just yesterday I graduated.  For 18 years I also did not meet with friends who studied together at that time. Just finished our studies in 2006, we really took the direction of our lives. For 18 years, I only met Mhohis a few times. That is also because he has a job in Kelantan. While other friends have never met at all.  2 friends who came from Sabah, namely Sudirman and Siti Mariani , after graduating went back to Sabah and until now remained in Sabah. Meanw...

Character of a reporter

I am a graduate in Media Studies, University of Malaya. Of course when people listen to Media Studies, surely the first impression playing in the mind is the career of a journalist. However, I am not very interested in career as a journalist due to my weakness in the field of writing.  I have to admit that many of the alumni of the Department of Media Studies, work as journalists. Some of them now held the position as editor of the newspaper or magazine. Although I am not interested in the career of a journalist but like to see the character or ethics held by a journalist. Since childhood, through drama or Malay film tells the story of a journalist, especially in the era of British colonial rule in Malaya. It makes me respect the career of a journalist.  The image of a journalist is often portrayed as a writer who constantly smokes while writing in order to find inspiration to report on news or something that uses language that is easily understood by the reader. Journalism is...

Korean Film Fan

The true is I did not really know about the films or music from South Korea.  Big different from today's teenagers who are very fanatical with any product creative art from that country.  I still think, the attraction of film or drama from South Korea. Is it because of the storyline or because of the beautiful or handsome actors who attract the attention of fans from Malaysia. When I was studied at the University Malaya, I had meet a hardcore fan of films from South Korea.  Sazali, the name of my friend who is from Penang.  I believe Sazali has almost all the Korean Movie DVDs.  Around 2003 - 2006, the price of Korean movie VCD or DVD is around RM80 - RM400 per movie.  As a University student, the value of the DVD or VCD is very high addition we study at a university located in Kuala Lumpur.  Of course the cost of living is very high compared to living in another state or area. In order to prove his love for Korean movies, Sazali is willing to spend hu...

Sesi Bersama Kaunselor

  Fakulti Pendidikan merupakan fakulti yang bersebelahan dengan fakulti sastera dan sains sosial. Kebanyakan pelajar fakulti pendidikan merupakan  pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman Za'ba, satu kolej kediaman dengan aku.  Bahkan roommate aku iaitu Madi merupakan pelajar fakulti pendidikan dalam bidang kaunseling.  Melalui Madi, aku mula faham serba sedikit berkaitan dengan bidang pengajian kaunseling. Selain Madi, aku juga kenal pok nik, senior dari Kelantan, merupakan pelajar kaunseling sama seperti Madi.  Aku faham bahawa para pelajar bidang pengajian kaunseling bakal menjadi kaunselor apabila tamat pengajian nanti. Tempoh pengajian mereka selama 4 tahun, lebih panjang berbanding tempoh pengajian aku yang hanya memakan masa 3 tahun sahaja.   Sebagai bakal kaunselor, setiap dari mereka harus menjalani latihan sesi kaunseling bersama orang-ramai melalui sesi face to face . Mereka yang terlibat dengan sesi kaunseling bersama bakal kaunselor ini, dip...

Lapar seorang pelajar

Kejadian yang sering terjadi apabila bergelar seorang pelajar adalah sentiasa berasa lapar. Terutama waktu petang atau malam, bagi mereka yang tinggal di asrama yang mempunyai dewan makan, masalah tersebut tidak akan timbul kecuali jenis memilih makanan. Walaupun kolej ke-3,4 dan ke-7 merupakan kolej kediaman yang mempunyai dewan makan. Setiap kolej mempunyai kafe yang dibuka pada waktu petang hingga malam untuk  para pelajar di luar dan dalam kolej kediaman terbabit. Pada suatu hari, aku daftar masuk kolej kediaman lebih awal dari biasa. Tiba di kolej kediaman pada waktu magrib, keadaan aku ketika itu sangat lapar dan penat. Dewan makan telah lama tutup, perut meraung minta makanan. Kafe depan kolej tutup, begitu juga kafe kolej kediaman ke-3 dan ke-4. Aku harus ke mana?, nak berjalan kaki ke kolej ke-12, aku rasa kuat kerana kelaparan terus menekan perut. Sambil ditemani oleh beberapa orang rakan baik aku, kami menuju ke kolej kediaman ke-10 yang terletak di atas bukit. Bersebela...

Naik Keretapi

Apabila menjadi seorang pelajar di Universiti luar dari Kelantan. Semestinya jika ada peluang, pasti balik ke Kelantan walaupun masa yang di ambil untuk sampai, agak panjang sekitar 6 hingga 10 jam.  Sebagai seorang pelajar, pengangkutan awam menjadi pilihan utama. Aku hanya pilihan menggunakan bas atau keretapi. Kebiasaan aku memilih bas tetapi waktu perayaan seperti Aidilfitri atau aidiladha, tiket bas sentiasa sold out . Aku tiada pilihan selain menggunakan perkhidmatan keretapi ekspress pantai timur . Tempoh perjalanan dari KL ke Kelantan, sekitar 12 jam. Stesen yang terdekat dengan Universiti Malaya ialah KL Sentral. Kebiasaan waktu bertolak dari KL Sentral ke Kelantan pada waktu malam .   Bagi mereka yang biasa menggunakan perkhidmatan ekspress pantai timur , pasti mengetahui bahawa pihak KTM menawarkan pilihan tempat duduk buat para penumpang. Paling selesa ialah kelas tidur, para penumpang boleh tidur di gerabak yang disediakan seperti katil, ia sangat selesa. Kena d...

AKU PEMINJAM PTPTN

Ketika ini, pelbagai perasaan bermain di fikiran aku mengenangkan perjalanan hidup yang sangat mendukacitakan. Ketika angka usia semakin meningkat setiap tahun, nilai hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semakin meningkat. Seandainya aku tahu begini keadaan hidup, pasti aku tidak akan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan semestinya aku tidak perlu berhutang dengan PTPTN.  Hakikatnya tempoh masa 14 tahun merupakan satu jangka yang cukup untuk aku mampu menyelesaikan jumlah hutang pinjaman yang dibuat,namun hakikinya sangat menyedihkan, bukan aku hidup melarat cuma hidup tiada matlamat. Aku percaya ejen nombor ekor atau pengedar dadah lebih hidup bermatlamat berbanding dengan aku ketika ini. Bangun sahaja waktu pagi, pasti sibuk bergerak ke sana - sini untuk mencari pelanggan berbanding aku yang lagak seperti tiada apa-apa. Dengan sikap lurus bendul aku, sikap jujur aku, sering kali menjadi bahan manusia sekeliling untuk mengambil kesempata...

Cultural Performing Arts

  Every country definitely has its own art of music. Has different and unique characteristics as a sign of the art of the music. Malaysia is one of the countries that has a diversity of traditional music arts. One of them is the music art of Dikir Barat which is the traditional music art for the state of Kelantan . Each state in Malaysia, has a different but interesting cultural performance art to see and learn. I don't want to talk about the history of Dikir Barat Traditional Music. I just want to share a little experience on how I learned the art of traditional Dikir Barat music when I was still a student at the University of Malaya .  When I was in the 2nd year,  4th semester. I am required to participate in co-curriculum activities which are also recorded in my Degree transcript later. Various activities are offered and one of that is Kelantan State Cultural Performing Arts (Dikir Barat) . This activity represents 2 credit hours for the semester. Apparently th...

Student Association Dinner

The University of Malaya is one of the universities that gives freedom to its students to move actively in various types of associations, including state associations.  I have a story about how I was once invited to attend a Dinner organized by the Terengganu State Student Association, University of Malaya. The Terengganu State Student Association has invited all Terengganu students who have just registered at the University for the Dinner. Because I was born in Terengganu based on the state code on the ID number, my name is also listed. At that time, as a new University student. I'm afraid that if I don't attend the invitation, I might be subject to action. At the same time, seniors at my Residential College recognized me as a student from Kelantan. They must have been surprised when they saw my presence. The dinner was attended by state leaders. The ceremony went smoothly and the food menu was Terengganu's traditional nasi dagang . The symbolic food of Terengganu state....

Bila Perempuan Berbelanja

Aku mungkin telah lama meninggalkan Universiti, tetapi ada kisah yang menjadi kenangan yang kelakar dan mungkin manis pada aku. Di antaranya ialah kisah aku dan kawan baik iaitu Nizam, menemani rakan satu fakulti berjalan-jalan ke Kuala Lumpur, pada hujung minggu.  Aku tinggal di Kolej kediaman, dalam kawasan Universiti. Oleh itu, apabila hujung minggu, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kebanyakan pelajar, akan ke mall yang berdekatan dengan Universiti atau ke Perpustakaan.  Aku sebenarnya ketika itu, berada di perpustakaan bersama nizam. Tiba-tiba rasa bosan menjelma, aku mengajak nizam balik kolej. Depan perpustakaan ada stesen bas, ketika aku dan nizam melewati stesen tersebut. Kami ternampak kawan perempuan kami sedang menunggu bas. Aku sekadar bertanya, ke mana mereka ingin pergi. "nak cari tudung", jawab mereka ringkas dan kemudiannya mengajak nizam untuk menemani mereka.  Nizam pula ajak aku, mengenangkan Nizam seorang dan harus menemani 2 orang kawan per...

Solat Jumaat di Universiti

Solat itu secara umum adalah satu ibadah buat umat Islam. Solat boleh dibahagikan kepada dua iaitu wajib dan sunat. Bagi kaum lelaki yang beragama Islam, diwajibkan ke atas mereka untuk menunaikan solat Jumaat. Apabila bercerita soal solat Jumaat, Masjid yang sering menjadi tumpuan para pelajar menunaikan solat ialah Masjid Ar-Rahman berhadapan pintu utama Universiti Malaya atau Masjid di Akademik Pengajian Islam.  Kapasiti Masjid Ar-Rahman lebih luas berbanding Masjid Akademik Pengajian Islam. Kebiasaan aku menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak Universiti untuk menunaikan solat Jumaat.  Bas yang disediakan akan dinaiki oleh siswa kolej 3,4 dan 7 kerana kolej kami bersebelahan. Aku dan rakan-rakan yang menggunakan bas, harus makan tengahari lebih awal di dewan makan, jika terlewat maka terlewatlah kami untuk menaiki bas ke Masjid. Bas yang biasa kami naik merupakan bas lama, mungkin ketika bas di zaman peringat atuk kami bergelar pelajar universiti. Bagi mem...

Jungle Tracking

Another old story I want to share here. the story of my experience climbing a mountain while attending one of the programs organized by the 7th Residential College, UM.  Around the years 2005/06 . The location of the program is located in the area of Janda Baik, Pahang. The activity started early in the morning after the dawn prayers, to be honest this was the first time I tried to climb the mountain, with no experience, I was wearing shoes that were not suitable for the activity, namely wearing school shoes. Of course I am the most backward participant to avoid the movement of other participants to be slow due to waiting for me. Luckily there are friends who are willing to help me during the climb. The steep climbing conditions, due to the day before the rain, made the climbing path challenging for all participants and including me once. Several times I slipped while climbing to reach the destination waterfall. My stamina at that time was very weak, to continue the climb, I nee...

Politik Universiti

Banyak perkara yang aku menimba pengalaman di Universiti, bukan hanya belajar semata-mata. Pada aku, amat rugi seorang mahasiswa itu jika tidak menimba sebanyak mungkin pengalaman sepanjang tempoh di Universiti kerana ia hanya sekali seumur hidup. Di antara pengalaman tersebut ialah penglibatan aku dalam arena politik kampus. Universiti Malaya merupakan salah satu Universiti pada pandangan aku,  memberi peluang kepada para pelajarnya aktif dalam politik. Pemilihan pemimpin Mahasiswa dijalankan dalam bentuk Pilihan Raya. Pilihan Raya kampus pula terbahagi kepada Pilihan Raya peringkat fakulti dan Universiti. Ia boleh disamakan seperti Pilihan Raya peringkat Dun dan Parlimen di Malaysia. Bagi tahun pertama aku di Universiti, aku dilihat oleh pelajar senior untuk menjadi jentera Pilihan Raya bagi calon pelajar peringkat Fakulti Sastera dan Sains Sosial ketika itu. Tugas aku hampir sama seperti jentera parti politik di luar Universiti, malah aku harus meraih undi dari para pelajar Univ...

Program OPKIM

Image
Sebelum menamatkan pengajian di Universiti secara rasminya pada tahun 2006, aku berpeluang unuk menyertai program OPKIM anjuran Kolej Kediaman Ke-7, UM.  Lokasi yang menjadi pilihan adalah sebuah Felda di kawasan Hulu Selangor. Sejujurnya ini merupakan kali pertama aku menyertai program sebegini kerana sepanjang berada di Universiti, lebih terlibat dengan aktiviti dalam kampus semata-mata berbanding berkongsep khidmat masyarakat. Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan perjalanan kami menuju ke destinasi program dijalankan, aku terharu melihat sambutan yang dibuat oleh penduduk setempat di Dewan Orang Ramai.  Jamuan ringkas turut diadakan, simple tetapi menyelerakan, seingat aku, melihatkan menu masakan pada hari itu, pasti aku tidak menyentuhnya tetapi kali ini aku makan penuh berselera, mungkin disebabkan penat dan makan berjemaah. Sesi perasmian berjalan lancar, aku di pasangkan dengan saudara Yunos sebagai anak angkat bagi keluarga kami di Felda tersebut. Kami ada adik an...

Join Program at University

Among the memories I had while studying at the University before. I have been the Director of several programs at the Residential College and the Department of Media Studies, University of Malaya.  Probably due to too many programs that I participated in causing me to lose focus on studies, the actual period of 3 years is a short period to get a Bachelor's Degree from a reputable University. While in my final year, I was supposed to spend time preparing a thesis proposal but was more active in extracurricular activities. I managed to be the Program Director for 2 programs, one program of the Kelantan student association and the other director of the residential college program. For the Director of the residential college program, the name of the program is Tautan Kasih . Involves orphans. The program runs for 3 days 2 nights, basically the program looks very simple but is very beneficial to the participants especially those who are residential college residents who are directly or ...

Festival Universiti Malaya

Di antara saat yang tidak harus di sia-siakan oleh seorang Mahasiswa Universiti Malaya ialah apabila pihak universiti menganjurkan  Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) . Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan sepanjang tempoh FESKUM di adakan. Di antara aktiviti yang menarik perhatian ialah festival kesenian yang melibatkan pertandingan pelbagai cabang kesenian yang melibatkan mahasiwa yang mewakili kolej kediaman masing-masing.    Di antara kesenian yang dipertandingkan ialah Tarian tradisional atau kreatif. Battle of band, nasyid dan pelbagai lagi. Para pelajar yang terlibat dengan pertandingan tersebut, kebiasaan dianggap sebagai artis kolej kediaman, pelajar popular di kolej kediaman masing-masing. Semakin hampir kepada sesebuah pertandingan, semakin kerap latihan demi latihan diadakan. Kebiasaan waktu siang, aktiviti kuliah berjalan seperti biasa tetapi apabila malam suasana berubah. Waktu FESKUM , penghuni yang terlibat akan sibuk menjalani latihan dem...

Ramadhan di Universiti

Image
Di antara kenangan yang manis sepanjang aku bergelar pelajar universiti adalah ketika tiba bulan Ramadhan. Semestinya suasana berpuasa bersama kawan-kawan di universiti tidak sama seperti berpuasa bersama keluarga di kampung.  Sebelum aku berjaya memasuki Universiti, kebiasaan bila tiba bulan puasa. Aku berbuka ditemani abah, ma dan abang. Aku hanya ada 2 orang adik-beradik. Kebiasaan, ma akan memasak apa yang sesuai dengan selera abah bila berbuka nanti.  Di bulan Ramadhan, waktu yang menarik perhatian ketika di Universiti adalah waktu bersahur. Bagi kolej kediaman ke-7, kami bersahur di dewan makan. Dewan makan dibuka untuk para pelajar muslim bersahur adalah pada pukul 3.00 pagi. Ada pelajar yang makan di dewan makan, ada yang bungkus makan dalam bekas untuk bersahur lewat sikit dari masa di dewan makan. Pukul 4.00 pagi, dewan makan akan ditutup. Jika ada pelajar yang bangun lewat, memang bersahur dengan air kosong atau dengan makanan yang di bilik tidur. Cuma ada waktun...