Posts

Showing posts with the label ISSUES

AIR KELANTAN PART 5

 Pagi ini, aku bangun awal seperti biasa untuk mempersiapkan diri sebelum waktu Subuh. Kebiasaan pada waktu pagi, air di tangki simpanan ada berbanding waktu siangnya. tetapi kali ini bila aku buka paip air, hanya angin sahaja yang keluar. Demi Allah SWT, aku berasa sangat marah dengan keadaan ini. Aku dan keluarga dalam 2-3 bulan ini, mengambil sikap bersabar bila tekanan bekalan air paip yang disediakan oleh AIR KELANTAN SDN BHD (AKSB)  sangat rendah. Hal ini disebabkan bila malam, tekanan air paip lebih tinggi berbanding waktu siang membuatkan ia masuk dalam tangki simpanan. Tetapi hari ini, langsung tiada, bila buka paip air di luar rumah, bekalan air ada cuma tekanan sangat rendah. Demi Allah SWT, aku sering terfikir. Bagaimana pihak pengurusan AKSB boleh tidur lena ketika isu bekalan air di Kelantan ini masih lagi wujud masalahnya?. Adakah kerana mereka merasakan mereka confirm masuk syurga disebabkan mereka berkhidmat di bawah kerajaan pimpinan parti PAS?. Timbalan Men...

AIR KELANTAN PART 4

  Disebabkan tekanan air paip rumah aku tetap rendah setelah bersabar sejak dari Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Aku membuat aduan rasmi kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Pagi ini, plumber dari AKSB datang ke rumah bagi membuat pemeriksaan, berdasarkan kenyataan tidak rasmi plumber yang datang. Sememangnya tekanan air ketika ini di kawasan Pekan Ketereh sangat rendah. Aku pelik kerana  sebelum tangki air AKSB Ketereh dinaik taraf menjadi Loji Rawatan Air (LRA), tekanan air adalah stabil. Sangat memuaskan hati, namun apabila ia dinaik taraf kepada LRA. Perkhidmatan bekalan air AKSB bagi kawasan Ketereh sangat mengecewakan. Malah, plumber AKSB berkongsi, hanya ketika waktu malam baru tekanan air lebih tinggi berbanding waktu siang. Malah, aku nampak seperti tiada usaha pihak syarikat untuk mengatasi masalah tersebut. Plumber AKSB memberi cadangan bagi mengatasi masalah tekanan air adalah dengan aku memasang tangki simpanan air tambahan di luar rumah beserta mesin air sek...

AIR KELANTAN PART 3

 Lo nie , di antara isu hangat diperdebatkan adalah isu bekalan air paip di Negeri Kelantan. Satu isu yang aku lihat seperti telah lama wujud. Cuma respon dari pihak yang berkenaan amat mendukacitakan dan tidak memenuhi kehendak rakyat Kelantan. Kritikan demi kritikan di buat oleh semua pihak yang berkaitan terutama dari rakyat sendiri yang terkesan selain pihak pembangkang yang sentiasa cuba menunjukan kelemahan pengurusan negeri Kelantan sepanjang ditadbir oleh PAS.  Tidak dinafikan, negeri lain turut mengalami masalah yang sama seperti yang dialami rakyat di Kelantan.  Disebabkan negeri Kelantan diperintah oleh PAS, maka ia mendapat lebih perhatian dari pihak dari dalam dan luar dari Kelantan. Pada aku secara peribadi. Isu bekalan air paip lebih utama dibahaskan kerana sebagai seorang Muslim, sentiasa menggunakan air bersih terutama dalam soal kebersihan diri dan ibadah. Ketika aku mengemaskini penulisan entri kali ini, bekalan air paip di kawasan rumah aku di Pekan Ke...

AIR KELANTAN PART 2

  Sebut sahaja air Kelantan, pasti banyak keluhan atau rintihan yang kita dengari dari kalangan rakyat Kelantan itu sendiri.  Bukan berniat untuk memburukan sesiapa atau memainkan isu yang berkaitan dengan politik. Cuma rasa sangat terkilan bila mengenangkan situasi apa yang terjadi ketika seluruh Umat Islam meraikan 1 Syawal yang lalu. Kita semua sedia maklum bahawa 1 Syawal kali ini sedikit berbeza dari tahun yang sebelumnya. Setelah 2 tahun tidak dapat pulang beraya, kini boleh dikatakan semuanya berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, beraya dengan keluarga yang tercinta.  Masing-masing tidak kisah harus berada di atas jalan raya dalam tempoh yang panjang, sekitar 10 - 13 jam sebelum sampai ke kampung halaman. Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang tidak perlu diperkatakan lagi jika bercakap soal pulang berhari raya di kampung. Jumlah kereta yang memasuki Kelantan mencecah jutaan unit dan ia boleh dianggap biasa setiap kali raya.  Ol...

Masalah Bekalan Air

Minggu ini, topik utama  yang diperbincangkan atau diperbahaskan adalah berkenaan sekali lagi penduduk negeri Selangor mengalami gangguan bekalan air.  Punca utama berlaku masalah sebegini ialah pencemaran sungai yang menjadi sumber bagi Loji Rawatan Air di Selangor. Masalah gangguan bekalan air pada aku merupakan masalah glocal, ia pasti terjadi di mana sahaja, bukan hanya di Selangor semata-mata, bahkan di Kelantan sendiri, sering terjadi dan semestinya ia membebankan pengguna. Apabila berlakunya gangguan bekalan air, 2 perkara pasti terjadi iaitu pertama keluasan kawasan yang terkesan dengan masalah tersebut, merujuk gangguan terkini di Selangor, sebanyak 7 kawasan atau daerah terlibat, hal ini kerana pencemaran yang terjadi melibat 4 Loji Rawatan Air. Perkara kedua yang pasti berlaku ialah tempoh gangguan terbabit berlaku, merujuk kes yang sama, gangguan bekalan dikatakan bermula pada hari Khamis iaitu 4 September 2020 dan dijangkakan selesai sepenuhnya pada  Ahad ber...

AIR KELANTAN PART 1

Di antara masalah yang kita sentiasa cuba elakkan adalah masalah gangguan bekalan air paip. Kebiasaan, laporan berita berkaitan dengan masalah sebegini sering melibatkan negeri-negeri kawasan pantai barat. Namun itu tidak bermakna di kawasan negeri pantai timur seperti Kelantan, tidak menghadapi masalah gangguan bekalan. Sejak kelmarin, di kawasan kediaman dan sekitar mengalami masalah gangguan bekalan air. Cuma aku & keluarga masih bernasib baik kerana walaupun berlaku gangguan ia lebih kepada tekanan. Ada sesetengah kawasan yang aku difahamkan, tiada langsung bekalan air ke premis atau kediaman pelanggan syarikat bekalan air di Kelantan. Aku berharap keadaan di kawasan kediaman semakin baik, bukan sebaliknya. Lagi 4 hari, kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan, bermulalah ibadah puasa dan aktiviti bersahur serta berbuka yang memerlukan penggunaan air yang lebih dari biasa. Ditambah pula status negara ketika ini yang masih melaksanakan Perintah Kawalan Perg...