Temuduga di PPZ
K hamis lalu, aku menghadiri temuduga di Pusat Pungutan Zakat, Kuala Lumpur . Setelah hampir 3 tahun, aku tidak menghadiri sebarang temuduga kerja, atas alasan menjaga ma. Semestinya temuduga kali ini membuatkan aku agak kekok. Dengan menaiki bas, aku bergerak dari Ketereh dalam pukul 9.00 malam, ruang kerusi penumpang pada malam itu penuh. Terminal Bersepadu Selatan merupakan destinasi yang dituju, walaupun kini aku sangat jarang menggunakan perkhidmatan bas ekspress tetapi situasi masih sama iaitu hanya perlukan masa sekejap sahaja, terus lena. Sedar-sedar telah sampai di kawasan RnR Gua Musang. aku sampai seawal 5 pagi, manakala masa temuduga aku pula pada pukul 7.50 pagi. Suasana di Terminal ketika itu agak sesak dengan ketibaan para penumpang dari serata negeri. Bukan hanya warga tempatan memenuhi kawasan dalam bangunan terminal, warga asing turut memenuhi kawasan dalam terminal. Waktu yang masih panjang, aku ambil keputusan untuk berehat di s...