KEDEGILAN KETIKA PKP
Bagi generasi baru, Perintah Kawalan Pergerakan merupakan perkara baru bagi mereka, walaupun negara pernah di isytihar darurat dalam catatan sejarah namun generasi yang pernah merasainya telah ramai meninggal dunia. Oleh itu, tidak pelik jika ada segelintir generasi baru yang bersikap degil ketika Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan, sedangkan segala maklumat berkaitan PKP telah diberitahu oleh pihak kerajaan. Hakikatnya bukan hanya generasi baru bersikap degil, golongan warga emas ada juga sifat degilnya, alasan mereka hanyalah bosan berada di kawasan rumah padahal kawasan rumah mereka telah wujud kes penduduk yang positif COVid19. Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang ketika ini menunjukan wujudnya pertambahan pesakit baru yang positif COVid19. Kota Bharu itu sendiri kini berada dalam senarai daerah zon merah dengan jumlah pesakit yang agak besar berbanding dengan daerah lain. Parlimen Ketereh yang merupakan kawasan kediaman aku ketika ini, jika ikut geogr...