HARI KE-2 RAMADHAN
PENGISIAN HARI KE-2 RAMADHAN 1441 HIJRAH DAN 2020 MASIHI Memasuki hari ke-2 dalam bulan Ramadhan, keadaan lebih baik tambahan pula keadaan cuaca yang agak redup berbanding hari biasa membuatkan rasa lebih selesa. Hari ini, menu masakan pada awalnya ingatkan sekadar mungkin, ikan tenggiri masak kuning, kena pula dengan sambal belacan, sememangnya membuka selera. Cuma apa yang aku perasan, keinginan berbuka pada kali ini lebih kepada menikmati minuman yang menyejukan tekak. Hari ini sahaja, kos membeli air untuk berbuka mencecah RM21 ringgit bagi 7 bungkus air. Aku order carot susu sebanyak 3 bungkus, bandung cincau air, sebungkus, milo ais cincau sebungkus, teh o ais limau sebungkus & sirap limau ais sebungkus. 3 bungkus carrot susu itu untuk diberikan kepada saudara-mara terdekat bagi buka puasa. Manakala menu untuk makanan pula, abang beli di kedai, ayam masak pedas 3 ketul, daging, ayam masak paprik. Menjadikan sajian dari ala kadar kepada sajian sangat meriah seda...