Fasa Terakhir Ramadhan
Rasanya baru kelmarin aku dan ibu mula berpuasa. Masa yang berputar laju, sehingga tidak sedar bahawa kini Ramadhan memasuki hari yang ke-20, itu bermakna tinggal 10 hari lagi sebelum Ramadhan berlalu pergi dan Syawal berganti. Aku pasti orang-ramai kini sedang sibuk menyiapkan keperluan untuk menyambut ketibaan Syawal walaupun tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan Pandemik. Bercakap soal Ramadhan, dari usia kanak-kanak sehingga sekarang. Kebiasaan Ramadhan di bahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa terakhir. Setiap satu fasa mewakili 10 hari Ramadhan, setiap fasa mempunyai KPI yang berbeza dan bagaimana KPI Umat Islam ketika ini?. Mungkin ada yang cemerlang, mungkin ada yang sebaliknya. Manakala pencapaian KPI aku secara peribadi, boleh di simpulkan sebagai GAGAL. Segala aku rancang sebelum ketibaan Ramadhan, gagal untuk dilaksanakan mengikut waktu yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, aku berharap masa yang berbaki, masih ada peluang untuk...