Lokasi Makan di Kelantan
Apabila anak perantau balik ke kampung, aktiviti utama yang pasti adalah food hunting . Maklumlah apa yang ada di kampung terutama di Kelantan , tidak sama dengan apa yang ada di bandar besar seperti Kuala Lumpur . Pilihan dan harga yang ditawarkan, ia membuatkan anak perantau rambang mata untuk memilih. Bukan hanya aktiviti food hunting dilakukan sepanjang cuti di kampung, ada juga yang memenuhi kedai-kedai emas di Kelantan dalam tempoh sehari dua ini. Walaupun dikhabarkan harga emas meningkat di pasaran, emas di Kelantan masih menjadi pilihan anak perantau untuk membelinya. Mungkin dari segi harga dan pilihan menyebabkan anak perantau gemar membeli hiasan emas di Kelantan . Pak cik aku merupakan seorang yang suka dengan makanan, hari ke-2 di Kelantan , mula food hunting ke tempat-tempat yang agak terkenal seperti roti canai kayu arang. Kemudian mencari ikan bekok di tok bali. Seterusnya membeli bahan mentah untuk mak cik aku buat ikan ...