Penutup Februari
Ketika entries ini ditulis, di luar rumah, hujan masih turun walaupun tidak selebat malam kelmarin. Namun cukup membuatkan aku, ma atau mungkin seluruh rakyat Kelantan bimbang kerana beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu telah dilanda bencana banjir. Perkongsian demi perkongsian melalui sosial media berkenaan keadaan terkini daerah yang terkena banjir, membuatkan hati aku berasa sedih dan sayu. Sesungguhnya ujian Allah SWT hadir tanpa kita duga bentuknya yang bagaimana. Cuma harus yakin bahawa setiap ujian yang kita tempuhi itu masih dalam kemampuan kita. Itu janji Allah SWT. Aku berfikir sendirian, seandainya aku memilih untuk bekerja di Putrajaya sebagaimana tawaran yang aku terima. Bagaimana keadaan ma nanti?, disebabkan itu. Aku merasakan keputusan yang aku ambil iaitu menolak tawaran kerja di Putrajaya adalah keputusan yang terbaik. In sha Allah ada rezeki lain yang mungkin menanti aku kelak. Hari ini merupakan hari terakhir bulan Februari bagi tahun 2022. Boleh dikata...