AIR KELANTAN PART 4
Disebabkan tekanan air paip rumah aku tetap rendah setelah bersabar sejak dari Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Aku membuat aduan rasmi kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Pagi ini, plumber dari AKSB datang ke rumah bagi membuat pemeriksaan, berdasarkan kenyataan tidak rasmi plumber yang datang. Sememangnya tekanan air ketika ini di kawasan Pekan Ketereh sangat rendah. Aku pelik kerana sebelum tangki air AKSB Ketereh dinaik taraf menjadi Loji Rawatan Air (LRA), tekanan air adalah stabil. Sangat memuaskan hati, namun apabila ia dinaik taraf kepada LRA. Perkhidmatan bekalan air AKSB bagi kawasan Ketereh sangat mengecewakan. Malah, plumber AKSB berkongsi, hanya ketika waktu malam baru tekanan air lebih tinggi berbanding waktu siang. Malah, aku nampak seperti tiada usaha pihak syarikat untuk mengatasi masalah tersebut. Plumber AKSB memberi cadangan bagi mengatasi masalah tekanan air adalah dengan aku memasang tangki simpanan air tambahan di luar rumah beserta mesin air sek...