Pilih Parti atau Calon?
Rakyat Malaysia bakal memilih dengan Pilihan Raya Umum kali ke-15. Dikatakan PRU akan berlangsung ketika Malaysia berada dalam musim Tengkujuh. Kebiasaan yang berlaku musim tengkujuh ialah banjir yang kerap terjadi di beberapa buah negeri terutama di kawasan pantai timur Malaysia. Mengundi sambil mengharungi banjir?, mungkin!. Apa pilihan rakyat Malaysia nanti?, bagaimana rakyat Malaysia menilai dan membuat pilihan?. Adakah rakyat Malaysia bakal memilih berdasarkan kepada Parti yang bertanding atau Calon?. Aku secara peribadi memilih dengan melihat siapa yang bakal menjadi calon yang bertanding pada PRU nanti. Walaupun parti yang diwakili merupakan parti yang kuat, namun adakah calon yang dikemukakan sepadan dengan parti yang diwakili?. Itu hanya pendapat peribadi aku semata-mata. Mungkin rakyat Malaysia juga harus melihat kepada siapa calon bagi kawasan Dun atau Parlimen sebelum hari pengundian. Bukan hanya berdasarkan kepada parti semata-mata. Jangan mengamalka...