Menu Rahmah
Ketika kos bahan mentah makanan semakin meningkat harganya diperingkat GLOCAL . Rakyat Malaysia tiba-tiba diperkenalkan dengan set makanan yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan terutama bagi rakyat Malaysia dalam kelompok B40, Ia adalah set Menu Rahmah . Difahamkan bahawa set menu ini merupakan satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) . Apa yang menarik berkenaan dengan Menu Rahmah ialah harga yang ditawarkan pada satu set hanya RM5.00 sahaja . Jika dilihat pada jenis makanan yang ditawarkan, pasti ada yang tertanya. Berbaloikah pengusaha atau penjual menjual Menu Rahmah dengan harga RM5.00? . Pada pendapat aku, jika melihat kepada sudut keuntungan yang besar, mungkin tidak. Jika ada bertanya, apakah tujuan pihak KPDN dengan kerjasama pengusaha-pengusaha premis makanan menawarkan Menu Rahmah . Ia hanya salah satu usaha membantu rakyat Malaysia dalam kategori B40, satu usaha yang aku sangat sokong. Ia berdasarkan...