Posts

School Exams

    Exams are a form of assessment of students, I believe it has existed for a long time. The examination may be different in terms of how the examination is conducted or the form of the assessment.  I was assessed through a written test for each lesson learned for a certain period of time. The basis of the examination is to determine the level of thinking of a person who is a student. Is a wise man or vice versa. The education system that I went through has 2 levels, namely Lower Secondary which refers to Form 1 to 3 students and Upper Secondary which refers to Form 4 to 5 or 6.  Each level has a specific assessment which is the examination in Form 3 and Form 5 & 6. Examination in Form 5 and 6 are the most important examinations for school level students. This is because the examination in form 5 or 6 will be a ticket for students to further their studies to higher education such as University or higher opportunities in the employment. I am a less excellent st...

Pengaruh Dadah

Aku tertarik laporan berita, berkaitan dengan penangkapan Ketua Sindiket Pengedaran Pil Kuda di Kelantan. Laporan tersebut pada aku cukup membuktikan kepada masyarakat tentang kecekapan pasukan keselamatan negara. Suspek dilaporkan ditahan di KLIA ketika ingin berangkat ke Mekah untuk melakukan ibadah Umrah. Suspek yang ditahan, dilaporkan berusia 37 tahun.   Melihat pada usia suspek, jelas menunjukaan bahawa dia masih muda dan telah berjaya mengetuai pengedaran dadah. Sememangnya bukan orang calang-calang tetapi tersalah pilihan. Aku rasa seperti membaca kisah aksi seperti filem di kaca TV. Penahaman suspek dilakukan setelah pihak Polis telah membuat serbuan dan merampas 700 ribu pil kuda yang bernilai RM10.5 juta. Berita penuh boleh diikuti di  OPS TOUCAN . 700 ribu pil kuda seperti yang dilaporkan, satu nilai yang sangat besar, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa pasaran pengedaran semakin meluas atau permintaan semakin tinggi. Dari satu sudut, pada pendapat aku, ia san...

MELAYU MALAS?

Aku tertarik dengan laporan berkenaan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Bangsa Melayu itu PEMALAS / MALAS ketika menghadiri  Majlis Ulangtahun Parti Pribumi Bumi Bersatu Malaysia . Adakah adil untuk berkata sedemikian walaupun memang benar wujud budaya MALAS, tetapi bukan semuanya sebegitu kerana pada aku, jika Melayu itu PEMALAS?, pasti tanah ini tidak Merdeka atau mengecapi kemajuan seperti sekarang.  Jika kita ingin bandingkan anak-anak TUN M, sememang semuanya sangat berjaya dan bergelar Jutawan, tetapi adilkah untuk membuat pembandingan sebegitu?. Hakikatnya masih ramai bangsa Melayu yang berusaha siang dan malam demi sesuap rezeki bagi keluarga tercinta. Jika bertanya pada aku, keadaan MALAS ini disebabkan oleh pemimpin itu sendiri. Pemimpin sahaja yang mampu mengubah bangsa yang dipimpin maju ke hadapan. Pemimpin sahaja mampu meniup semangat berusaha dikalangan rakyat yang dipimpin. Sebagai contoh dalam sebuah organisasi, semestinya akan wujud pekerja yang...

Sikap Masyarakat

Aku mengikuti laporan berita yang berkenaan kejadian penduduk setempat yang mencuri susu dari lokasi berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah treler pengangkut barang yang terbalik. Dilaporkan bahawa orang-ramai yang berpusu-pusu ke lokasi kejadian bukan untuk menolong mangsa kemalangan tetapi mengambil kesempatan pula di atas kesulitan yang dihadapi.  Persoalannya ialah adakah ini yang diajar oleh Islam?. Hal ini kerana hampir kesemua individu yang disyaki terbabit adalah beragama Islam. Siapa yang ingin ditimpa musibah? atau sebarang kecelakaan?. Begitu pada pemandu lori tersebut yang difahamkan ketika kejadian membawa muatan 1500 karton susu, selepas selesai proses pembersihan lokasi kemalangan, jumlah muatan yang berbaki 149 karton dan 11 tin susu sahaja manakala selebihnya hilang tanpa dapat dikesan. Malaysia akan memasuki tahun 2020, tahun yang mana mantan Perdana Menteri ke-4 meletakkan target Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang berstatus negara maju. Apabila kejadi...

Temuduga di PPZ

K hamis lalu, aku menghadiri temuduga di Pusat Pungutan Zakat, Kuala Lumpur . Setelah hampir 3 tahun, aku tidak menghadiri sebarang temuduga kerja, atas alasan menjaga ma.  Semestinya temuduga kali ini membuatkan aku agak kekok. Dengan menaiki bas, aku bergerak dari Ketereh dalam pukul 9.00 malam, ruang kerusi penumpang pada malam itu penuh.  Terminal Bersepadu Selatan merupakan destinasi yang dituju, walaupun kini aku sangat jarang menggunakan perkhidmatan bas ekspress tetapi situasi masih sama iaitu hanya perlukan masa sekejap sahaja, terus lena.  Sedar-sedar telah sampai di kawasan RnR Gua Musang. aku sampai seawal 5 pagi, manakala masa temuduga aku pula pada pukul 7.50 pagi.  Suasana di Terminal ketika itu agak sesak dengan ketibaan para penumpang dari serata negeri. Bukan hanya warga tempatan memenuhi kawasan dalam bangunan terminal, warga asing  turut memenuhi kawasan dalam terminal.  Waktu yang masih panjang, aku ambil keputusan untuk berehat di s...

Aku, Ujian dan Dugaan

Setiap hari, amat terasa bahawa masa berputar semakin pantas sehingga kita tidak sedar bahawa masih banyak tugas atau tanggungjawab yang masih belum diselesaikan. Mungkin disebabkan itu, setiap umat Islam sentiasa diingatkan tentang I NGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA kerana SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH . Minggu lalu, minggu yang sedikit memberi tekanan buat aku, ma yang diserang demam panas sehingga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.  Nasib baik ada saudara-mara yang tinggal berdekatan membantu. Keesokan harinya terus mendapatkan rawatan di klinik agar keadaan tidak melarat.  Seterusnya aku berdepan dengan masalah gangguan perkhidmatan internet ketika aku baru sahaja  renew kontrak baru dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan selama 2 tahun. Aku sedar ujian atau dugaan yang ditempuhi hanya kecil berbanding orang lain, itu pun telah mengugat kesabaran aku.  Bagaimana jika ujian berat menimpa, adakah ...

Undi 18

Pilihanraya Umum di Malaysia bakal memasuki frasa baru apabila secara dasar 2/3 ahli Dewan Rakyat termasuk blok pembangkang bersetuju dengan pindaan PERKARA 119 (4) Perlembagaan, bahawa umur rakyat Malaysia yang layak mengundi diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.Laporan akhbar bharian  dan metro . Selain pindaan had umur mengundi, kerajaan bersetuju dengan permintaan pihak blok pembangkang agar rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun, secara automatik didaftarkan sebagai pemilih. Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun, juga layak untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Keadaan ini, membuat aku tidak sabar menanti Pilihanraya Umum mendatang, mungkin jika dasar ini diwartakan awal, maka ia bakal dilaksanakan pada PRU ke-15. Cuma terdetik dalam fikiran aku, adakah pemimpin sedia ada benar-benar bersedia menerima perubahan yang bakal terjadi atau sekadar bermain sandiwara semata-mata?. Atuk yang berusia hampir 100 tahun masih ingin berkuasa, bagaimana peluang u...