Kahwin & Mati
Setiap dari kita, pasti akan merasai kematian. Proses perpisahan di antara kita dengan dunia dan segala isinya termasuk keluarga tercinta. Mahu tidak mahu, itu yang kita bakal tempuhi. Apabila selesai sahaja, jasad kita dikembalikan ke tanah, maka semuanya yang mengiringi akan pulang dan menjalani aktiviti harian seperti biasa walaupun kita telah tiada bersama mereka. Namun, kisah hidup orang yang kita sayang, mungkin sedikit berbeza. Laluan mungkin sama namun dugaan pasti sangat berbeza. Aku terfikir sendirian, bagaimana kisah kehidupan keluarga poligami?, terutama apabila sang suami yang selama ini menjadi nakhkoda kepada 2 atau 3 atau 4 kapal berbeza anak-anak kapalnya. Apabila berbicara soal poligami, sememang ia dituntut dalam Islam seandainya si suami mampu adil dan memenuhi syarat yang ditetapkan, berpoligami pada aku, turut bergantung kepada niat. Adakah ia berlaku kerana Allah SWT atau nafsu?. Maklumlah, cerita mulut orang, wanita yang memegang tittle janda ini, ser...