Maut ditikam
Di antara laporan berita yang menarik perhatian aku pada hari ini ialah berkenaan KANAK-KANAK PEREMPUAN 3 TAHUN MAUT DI TIKAM DI DADA OLEH BAPA SAUDARA . Bagi aku laporan sedemikian sangat menyanyat hati, tergamak seorang bapa saudara menikam anak saudaranya yang masih kecil, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif mengambil pil kuda. Mungkin laporan berita sebegini tidak begitu menarik perhatian berbanding laporan berhubung penularan wabak Korononvirus ketika ini, akan tetapi sedar atau tidak wabak virus penagihan dadah terlalu lama membunuh masyarakat Malaysia secara perlahan-lahan. Kes pembunuhan melibatkan suspek yang berada dalam pengaruh dadah sering saja terjadi, walaupun suspek berjaya diberkas tetapi virus yang mempengaruhi suspek bertindak terus merebak. Bahkan jika kita melihat sejarah berhubung rampasan demi rampasan dadah yang bernilai ratusan ribu ringgit sehingga jutaan ringgit di Malaysia, ia seperti tidak pernah terhenti, bahkan ada ...