KONFLIK AMERIKA SYARIKAT - IRAN
KONFLIK AMERIKA SYARIKAT - IRAN
Tahun 2020 baru memasuki hari ke-4, akan tetapi telah banyak catatan telah tertulis & semuanya mendukacitakan atau merisaukan.
Terbaru krisis di antara 2 Negara Nuklear bertambah serius apabila Amerika Syarikat melakukan serangan sehingga mengorbankan Pegawai Kanan Tentera Iran di Iraq.
Sejurus melakukan serangan & mengetahui yang menjadi korban adalah pegawai kanan tentera Iran, Amerika Syarikat terus mengeluarkan arahan mengeluarkan seluruh rakyatnya yang tinggal di Iraq.
Iran sebuah negara Nuklear yang menyembunyikan kekuatan sebenar ketenteraannya & kemampuan walaupun sentiasa di tekan oleh Amerika Syarikat melalui pelbagai sekatan.
Jika peperangan Iran-Amerika Syarikat tidak dapat dielakkan lagi. Bagaimana kesannya terhadap dunia?. Adakah benar Peperangan Dunia Ke-3 akan meletus?.
Kita dapat mengagak bahawa Amerika Syarikat & Iran, masing-masing mempunyai Sekutu yang sama kuat. Jika Perang meletus, semestinya sekutu-sekutu Amerika Syarikat & Iran membantu.
Aku melihat Negara-negara Nuklear selama ini, hanya menanti alasan untuk menggunakan senjata masing-masing terutama negara gergasi seperti Russia & Tanah Besar China.
Jika pada waktu perang dunia ke-2, Jepun merupakan negara terkuat di rantau asia, kini ia merupakan Sekutu Amerika Syarikat, begitu juga Taiwan & Korea Selatan.
Siapa inginkan sebuah peperangan?, jika kita mengkaji sejarah atau punca tercetusnya peperangan dunia yang I & II. Ia bagaikan tidak masuk akal kerana terlalu kecil punca tetapi terlampau besar kesannya.
Dunia kini sedang memerhati, setiap Kor Risik semestinya digerakan, semuanya dalam keadaan berjaga-jaga, kesan utama yang aku lihat ialah kesan kenaikan harga minyak mentah dunia.
Krisis makanan pasti terjadi, senang dijangka tetapi takut untuk digambarkan kerana kisah perang dunia yang I & II, sudah cukup memberi pengajaran buat penduduk dunia.
Kini, seperti diperkatakan, dunia hanya mampu melihat perkembangan selanjutnya & harus bersedia dengan kesannya.
Sekian.
Comments
Post a Comment