BULAN REJAB 1441 MASIHI TAHUN 2020
BULAN REJAB, SYAABAN & RAMADHAN 1441 MASIHI TAHUN 2020 Bulan Rejab kini tiba, itu bermakna tidak lama lagi, in sha Allah bulan Ramadhan pula, jika berpeluang, boleh menyambut puasa bersama keluarga tercinta sekali lagi. Walaupun polemik politik tanahair masih bermain teka-teki, kita selaku rakyat bawahan, harus sentiasa berdoa semoga Allah SWT mengangkat seorang yang benar-benar layak dan menjaga & mendahulukan Agama Islam sepanjang masa. Di Masjid, aku rasa para AJK tengah sibuk merancang program-program sepanjang bulan Ramadhan nanti. Paling penting, melantik Imam yang khusus untuk solat sunat Terawih nanti. Alhamdulillah, jika Allah SWT izinkan, tahun ini tahun ke-5, kami menyambut Ramadhan bersama setelah permohonan abang untuk pulang bertugas di Kelantan, diluluskan manakala aku pula terpaksa diberhentikan kerana Kementerian kekurangan peruntukan untuk membayar gaji PSH. Seingat aku, sepanjang aku menyambut Ramadhan di Putrajaya, tidak sekali pun aku men...