MAKANAN NEGERI PANTAI TIMUR
MAKANAN DARI NEGERI PANTAI TIMUR IAITU KETUPAT SOTONG
Abang aku tiba-tiba terasa ingin makan Ketupat Sotong, walaupun modal untuk menghasilkannya agak sedikit mahal kerana harga sotong dipasaran ketika ini dalam anggaran RM30 sekilogram, sotong pula jenis yang besar, bukan yang kecil tetapi bagi aku, ia amat berbaloi kerana rasanya yang sangat sedap kalau betul cara membuatnya.
Cara membuatnya tidaklah begitu rumit, bahan-bahan asas yang diperlukan seperti:
Sotong
Beras Pulut
Santan
Gula Melaka / nise
Setelah semua bahan di sediakan, sotong yang telah dibersihkan, kemudian dimasukkan beras pulut ke dalam sotong tadi, kemudian sotong itu diikat dengan mencucuk lidi yang dipotong kecil beserta kepalanya. Panaskan santan, masukan sotong yang telah di isi dengan beras pulut, kemudian masukan gula melaka. Cara memasak ketupat sotong yang lengkap, boleh googlekan sahaja.

Tempoh yang diperlukan dalam menyiapkannya tidak begitu lama, hanya memakan masa 20 - 30 minit sahaja, aku pernah mencuba memasak ketupat sotong untuk kali pertamanya, sedap namun agak cair kerana terlebih air ketika memasaknya.
Ada beza ke rasa KETUPAT SOTONG di antara beli di kedai dengan memasak sendiri?, aku tidak tahu bagaimana ingin menjawapnya tetapi di antara beli di kedai dengan buat sendiri, nikmatnya lain iaitu lebih sedap buat sendiri kerana kita tidak akan berkira-kira atau berjimat bahan dalam membuat KETUPAT SOTONG.
Ketupat sotong yang betul cara memasaknya, sotong agak lembut, pulut padat, manisnya sempurna. Bagi negeri Kelantan,kebiasaan ketupat sotong berwarna coklat kegelapan berbanding negeri lain yang agak keputihan.
Makan sekali pasti ingin lagi, namun bagi mereka ada penyakit ghout tidak disarankan menjadi ketupat sotong makanan wajib di makan setiap hari.
Makan sekali pasti ingin lagi, namun bagi mereka ada penyakit ghout tidak disarankan menjadi ketupat sotong makanan wajib di makan setiap hari.
Comments
Post a Comment