TOK GURU
JANGAN SENTUH PERIBADI TOK GURU Pada pandangan aku, topik yang sentiasa diperbahaskan oleh masyarakat Melayu adalah berkaitan dengan politik, bagaikan tidak lengkap hidup jika tidak berbicara soal politik. Mungkin disebabkan itu, parti yang bertunjangkan Melayu semakin banyak, seolah-olah bukan ingin menyatu bangsa tetapi memecahkan perpaduan saudara. Aku harus akui ketika ini, skop pemerhatian aku sangat terbatas kerana faktor kesihatan peribadi dan ibu sendiri. Namun itu bukan penghalang untuk melihat tahap pemikiran rakyat Malaysia apabila menyentuh soal politik tanahair. Sembang kedai kopi, budaya di Kelantan, walaupun hanya berbekal 2 meja sahaja, masih ada yang datang singgah, secawan kopi, sejambak kata sebelum Magrib tiba. Dari Jeli hingga ke Kuala Krai, dari Kuala Krai hingga ke Kota Bharu. Amat jarang kedai kopi lama kosong tanpa pengunjung setia. Berbalik kepada pokok cerita, sembang kedai kopi yang sering aku kongsikan, sentiasa berkisar politik negara,...