Krisis Ekonomi 2023
Dunia di jangka bakal menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 2023. Krisis yang tidak dapat dielakan, berkemungkinan melibatkan banyak negara. Bagaimana Malaysia?, adakah terkesan atau sebaliknya?. Berdasarkan beberapa artikel seperti utusan , awani atau dnews . Krisis ekonomi pasti akan berlaku cuma tahap kesan yang bakal dihadapi oleh negara yang terbabit tidak dapat dijelaskan. Berdasarkan artikel berikut bharian , Malaysia merupakan negara yang pasti terkesan dengan krisis ekonomi dunia pada tahun 2023. Pada pemahaman aku, pembolehubah yang digunakan dalam menentukan tahap krisis ekonomi negara ialah nilai kadar inflasi atau OPR negara. Aku bukan seorang ahli ekonomi. Cuma ingin meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin politik yang tidak pernah penat berebut kuasa. Rakyat Malaysia ketika ini, baru sahaja ingin memulakan perjalanan hidup baru setelah mengharungi tempoh pandemik yang begitu sukar. 2 tahun dikenakan PKP, ada dibuang kerja, perniagaan terpaksa dit...