Rutin Harian Aku
Aku kongsikan rutin harian dalam menjaga ma sepanjang hari.
4.15 pg : - Aku bangun awal untuk membantu ma bangun dari katil.
7.30 pg : - Sediakan sarapan untuk ma, biasa teh o
dan sedikit kuih. Waktu yang sama aku
akan rebus bali bagi rawat penyakit
buah pinggang ma.
10.00pg : - Cari makanan untuk makan tengahari.
Biasa beli dan kadangkala masak dan
Kadangkala mak saudara bagi.
12.00 tgh : - Teman ma makan tengahari,
aku kena temankan kerana ma mudah
tersedak waktu makan.
2.00 ptg : - Kemas katil ma - sembur dettol
5.00 ptg : - Buang sampah dan cari makanan untuk
minum petang ma.
11.00 mlm /
12.00 mlm : - Bantu ma naik atas katil
untuk ma tidur serta
tutup lampu bilik dan
ruang tamu.
12.30 pg : - Baru aku tidur setelah pastikan ma
tidur.
1.00 pg -
4.30 pg :- Aku bangun berselang-seli sambil tengok
keadaan ma. Hal disebabkan ma sering
mengalami masalah pernafasan.
Waktu malam, aku lebih kepada tidur-tidur ayam. Disebabkan aku hanya tidur nyenyak pada siang hari. Aku mungkin bukan seorang lelaki yang sempurna yang menjadi pilihan para wanita di luar sana. Cukup Allah SWT Maha mengetahui segalanya.
Lain anak, lain cara menjaga ibubapa masing-masing. Ketika umur 40 tahun, aku tidak bekerja. Mungkin disebabkan aku malas, mungkin aku takut untuk tinggalkan ma seorang disebabkan sejarah kesihatan ma.
Comments
Post a Comment