Pendidikan Seks
Akhbar tempatan melaporkan bahawa wujud cadangan dari pihak tertentu untuk memperkenalkan subjek baru di sekolah iaitu subjek pendidikan seks kepada para pelajar.
Cadangan ini wujud disebabkan banyak faktor yang mempengaruhi dan salah satunya ialah kadar kelahiran anak luar nikah di kalangan pelajar menunjukan pola peningkatan dalam tempat 10 tahun.
Bagi aku, cadangan sebegini masih boleh diperhalusikan lagi agar semua sudut penilaian diambil kira. Aku faham bahawa matlamat cadangan ini secara dasarnya untuk memberi pengetahuan atau kesedaran buat para pelajar agar tidak terlibat atau terpengaruh dengan amalan seks bebas.
Diharapkan sebelum pendidikan seks benar-benar dilaksanakan, pandangan dari Tokoh-tokoh Akademik, Pakar Perubatan dan Ahli Agama telah diambil kira. Dengan itu, satu modul yang lengkap dapat dihasilkan tanpa sebarang kekurangan yang maksimun, kerana semestinya cadangan yang dikemukakan mempunyai pelbagai implikasi.
Sistem pendidikan kita secara umum sedikit istimewa kerana kewujudan sistem persekolahan berbahagi iaitu SK, SKJT & SKJC. Maka cadangan mewujudkan subjek Pendidikan Seks sangat perlu diperhalusi.
Mungkin boleh dicadangkan buat pihak perlaksana untuk membuat pilot projek terlebih yang melibatkan jumlah sekolah yang lebih kecil, tujuan cadangan pilot projek adalah untuk melihat tahap impak terhadap pelajar apabila Pendidikan Seks dilaksanakan.
Tambahan pula, generasi pelajar ketika ini, tidak sama seperti generasi terdahulu. Pelajar masa kini terlalu terbuka dengan knowledge informal melalui internet berbanding generasi terdahulu.
Aku pernah menjadi pelajar dan sejujurnya isu kelahiran atau hubungan terlarang telah wujud sekian lama bahkan sebelum aku bergelar pelajar sekolah rendah atau menengah. Apabila berlaku sistem pelajar lelaki bercampur dengan pelajar perempuan, elemen negatif pasti wujud secara semulajadi bahkan para pelajar mula belajar membohongi ibubapa mereka sendiri.
Aku bukan tiada hak membantah atau bersetuju dengan cadangan yang diwar-warkan, cuma berharap sebelum ia menjadi polemik yang berpanjangan maka harus diperhalusi dan di dalami kesan jangka panjang atau pendek.
Masa aku berusia 17 tahun, pasangan kekasih bawah umur sentiasa berdating di belakang kedai atau lorong di kawasan Pekan di mana aku tinggal. Kini usia aku hampir 40, situasi yang sama masih berlaku.
Ibubapa masa kini harus ingat, anak-anak masa kini sangat pandai, andai terlepas pandang, menangis penuh kekesalan namun tidak berguna. Ibubapa boleh mengambil jalan mudah dengan mengahwinkan anak-anak yang terlanjur tetapi bagaimana kesudahan kisah selepas kahwin?. Sepengetahuan aku, kes penceraian dikalangan pasangan muda semakin tinggi sejak kebelakangan ini.
Mungkin 10 tahun akan datang, lagi banyak cadangan tranformasi pendidikan akan wujud. Diharapkan setiap cadangan adalah solution bukan reason atas masalah sosial dikalangan pelajar sekolah.
Comments
Post a Comment