KISAH IBU MUDA


Saat paling bermakna dan berharga bagi setiap pasangan yang berkahwin ialah menyambut kelahiran anak mereka, cuma sedikit berbeza hanya ketika kelahiran anak yang pertama. Anak merupakan anugerah yang nilainya tiada ganti, bukan semua pasangan di Anugerahkan memiliki zuriat dari benih mereka sendiri.

Kisah kali ini bukan tentang aku, ia adalah kisah ringkas bagaimana perjalanan seorang isteri, seorang suami untuk bergelar ibu & ayah. Pengalaman yang semua pasangan akan merasai cuma berbeza perbezaan persiapan untuk mengharunginya.


Saudara aku sendiri bakal melahirkan zuriatnya yang pertama, saudara yang dari kecil aku menjadi pengasuh, kini meningkat dewasa dan sampai waktu melahirkan pewaris legasi keluarganya. Sepanjang proses mengandung, apa yang aku lihat tiada sebarang masalah kritikal yang aku lihat, mereka tempuhi.

Kata orang ketika hampir sampai waktu untuk bersalin, si ibu akan merasainya dengan denyutan kesakitan yang melampau, begitu juga dengan saudara ku ini, cuma pada kali pertama dirasai rupanya belum tiba waktu untuk sang anak keluar melihat dunia.

Keesokan, aku ingatkan telah selamat melahirkan, rupanya si anak cuba mengusik ibubapa mereka termasuk nenek dan auntie bongsu. Semalaman menanti, pulang kembali ke rumah. Elok sahaja melakukan segala aktiviti, elok masuk waktu maghrib, sekali lagi rasa sakit yang sama itu hadir.

Kali ini, aku dan mak cik & pak cik yang lain turut serta bergegas ke Hospital, pasti kali ini, si comel itu akan lahir ke dunia ini, pada pendapat aku. Selesai waktu isyak, pada awal dr merasakan si anak mengusik sekali lagi.

Menjelang waktu tengah malam, kedengaran panggilan buat suami bagi menemani isteri ketika saat kelahiran. Situasi debaran sedikit tercuit rasa lucu apabila mengetahui sang suami seorang yang takut dengan darah.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Ketika jam menunjukkan hampir menuju pukul 12.00 tengah malam, lahirnya seorang anak yang cukup sempurna, seorang puteri yang bakal menambah seri keluarga. 

Sesungguhnya setiap pasangan suami-isteri sentiasa menanti moment untuk melahirkan & menyambut anak-anak yang bakal menambah seri bagi keluarga yang dibina. Walaupun proses bersalin itu sangat menyakitkan, aku percaya bahawa setiap insan bernama ibu tidak akan pernah serik untuk melahirkan zuriatnya berulang-kali. 


Setiap pasangan suami-isteri yang diberi peluang mempunyai zuriat di usia muda sangat bertuah kerana kisah perjalanan hidup semua sangat berbeza, ada pasangan telah puas mencuba belum ada rezeki memperolehi, ada pasangan tidak mencuba tetapi ada sahaja waktu untuk sebuah kelahiran.


Aku sendiri ketika jam menunjukan pukul 12.00 tengah malam, suasana ruang wad bersalin masih ramai ahli keluarga yang menanti kelahiran orang baru. Masing-masing bagaikan berkelah di kawasan pantai sambil menanti.


Namun bukan semua penantian membuah kegembiraan, ada jua terlepas buah kesedihan, namun dari air muka pasangan suami-isteri muda yang keluar dari wad, mereka redha bahawa bukan masa untuk bergelar ibubapa.

Cousin aku yang bekerja di Hospital Pasir Mas, sampai ketika malam berganti pagi, bersama dibawa nasi bungkus yang enak sekali di kawasan Stadium Muhammad IV.

Sesungguh Tahniah buat pasangan ibubapa muda di atas kelahiran sang Puteri yang comel manis menarik, alhamdulillah Selamat datang wahai Humairah Amani. Pewaris legasi keluarga kerana begitulah lumrah kehidupan dunia.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?