KISAH PARTI KOMUNIS MALAYA
Parti Komunis Malaya (PKM) di tubuhkan di tanah melayu pada tahun 1930. Seterusnya aktiviti mereka semakin aktif sehingga akhir 1980-an. Kiblat fahaman semestinya PKM semestinya Marxisme. Matlamat utama adalah penubuhan sebuah Republik Tanah Melayu Sejarah banyak mencatatkan pelbagai peristiwa yang menjadi bukti betapa kejamnya PKM, di antara yang kita sedia maklum seperti peristiwa serangan PKM ke atas Balai Polis Bukit Kepung & Pembunuhan Ketua Polis Negara. Kisah perajurit negara yang terkorban pula sudah tidak terhitung, bagi mereka yang masih hidup, PKM telah meninggalkan parut luka yang sangat dalam pada diri mereka sehingga sukar untuk dilupakan sama sekali. Aku bukan ingin bercerita soal sejarah penubuhan atau kegiatan yang dilakukan oleh PKM di Tanah Melayu. Hanya ingin berkongsi cerita yang disampaikan oleh ibu tentang perjuangan atuk dan abah ketika PKM mengganas di Tanah Melayu. Menurut ma selaku anak yang ke-2 dalam keluarga, atuk berkhidmat dalam pasukan Jungl...