Kereta Terbang Negara

Semenjak Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya, aku melihat banyak perkara yang berlaku, banyak idea yang dicetuskan termasuklah menghasilkan Kereta Terbang pertama buatan Malaysia.

Difahamkan, Kereta Terbang yang diperkatakan telah siap, hanya menunggu masa untuk melakukan ujian penerbangan pertama di ruang angkasa Malaysia. 

Aku selaku rakyat Malaysia, sedikit merasa bangga dengan ideas Kereta Terbang buatan tempatan namun tertanya, relevankah ideas sedemikian?. 

Difahamkan Projek Kereta Terbang Negara merupakan KPI Kementerian Pembangunan Usahawan. Dilaporkan bahawa DANA untuk pembinaan Kereta Terbang Negara adalah 100% dari tajaan. 

Apa yang aku cuba fahami, bagaimana tercetusnya ideas untuk mewujudkan projek ini, Menteri Pembangunan Usahawan menjelaskan bahawa projek Kereta Terbang Negara di bawah Kementeriannya sebagai memenuhi Dasar Keusahawan Nasional yang merujuk pembangunan Industri Penerbangan, Aeroangkasa & Mobiliti Udara

Aku percaya bahawa masih banyak ideas dan usaha yang sesuai dengan masyarakat Malaysia selain program Kereta Terbang Negara. Masih banyak perkara yang harus diberi fokus atau keutamaan.

Adakah negara memerlukan ideas Kereta Terbang Negara?. Pelik jika kita melihat negara-negara tidak begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang projek Kereta Terbang.

Akhirnya rakyat Malaysia melihat wajah sebenar Kereta Terbang Negara yang diperkatakan. Ia adalah sebuah Super Dron model UAS E-Hang 216 (EH216) keluaran negara China bukan seperti yang digambarkan apabila menyebut Kereta Terbang

Super Dron yang diperlihatkan merupakan produk yang telah lama berada dipasaran dunia.

Situasi ini membuatkan ramai pemerhati tertanya-tanya kerana ia tidak ubah bahawa kita hanya menggunakan produk yang telah dikenali dunia, bukan produk yang dihasilkan oleh anak tempatan atau buatan Malaysia seperti yang dikatakan.

Adakah aku masih berbangga?, perasaan aku bercampur aduk apabila mengetahui bahawa KERETA TERBANG yang hangat diperkatakan hanya SUPER DRON yang bukan dihasilkan oleh anak tempatan. Persoalan kembali timbul, mengapa harus tunggu masa lama untuk membawa masuk SUPER DRON itu ke Malaysia?.

Pihak kerajaan seharusnya terus mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia akan menggunakan Super Dron dari China atas nama kerjasama. Maka Polemik KERETA TERBANG tidak timbul sama sekali.

Apa yang rahsia kini terbuka, rakyat Malaysia semestinya ingin mengetahui impak projek ini kelak ketika kos hidup semakin meningkat, bukan hanya kawasan bandar-bandar besar termasuk kawasan pendalaman.

Mungkin dengan kehadiran Super Dron ini kelak, kos pengangkutan semakin berkurang maka harga barangan keperluan semakin turun di pasaran. Kita hanya mampu berharap setelah harapan lain musnah tidak tertunai. Diharapkan setiap perancangan tidak tinggal menjadi Hikayat semata-mata

Sumber : Harian Metro
               Minda Rakyat
                 NST

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?