AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Walaupun telah lama aku tinggalkan Universiti Malaya, terutama Jabatan Pengajian Media, masih ada kenangan yang terpahat dalam ingatan. Pelbagai kisah tidak tercatat tetapi di coret dalam kamus hidup aku.

Setelah melaporkan diri di Kolej Kediaman Ke-7, aku mempunyai tempoh 1-2 minggu untuk menentukan Subjek Major & Minor bagi melengkapkan Ijazah Sarjan Muda nanti. 

Pada mulanya aku berminat pada Pengajian Hubungan Antarabangsa & Strategik sebagai subjek major. 


Namun pada hari pertama masuk kelas pengenalan, lecture terus bagi assignment yang lebih fokus kepada undang-undang antarabangsa, membuatkan aku terasa takut sangat dengan beban bakal aku pikul nanti. Lagipun aku bukan dalam kategori pelajar pintar seperti orang lain.

Seterusnya aku mencuba Jabatan Pengajian Media, abang aku merupakan mantan pelajar Jabatan ini, maka aku pernah mendapat pendedahan berkenaan hala tuju graduan Jabatan Pengajian Media nanti. 

Bagi pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan Jabatan pilihan mereka, harus mendapatkan tandatangan pengesahan lecture dari Jabatan tersebut. Siapa agaknya lecture yang harus aku temui. 

Pengarah Filem ternama Malaysia iaitu Dr. Mahadi J Murat, merupakan salah seorang pesyarah perfileman di Jabatan Pengajian Media. Selama ini, aku hanya melihatnya di kaca tv tapi kini benar-benar di depan mata, membuat aku  sedikit kekok untuk mendapat tandatangan pengesahan untuk menjadikan aku secara rasmi pelajar Jabatan Pengajian Media.

Selesai minggu pendaftaran, aku harus menghadiri syarahan pengenalan Jabatan oleh Ketua Jabatan, ketika itu baru aku mengenali bakal kawan-kawan yang akan menemani aku sepanjang tempoh pengajian kami nanti. 

Majoriti pelajar terdiri dari kaum Cina, seterusnya India, barulah Melayu. Jantina paling minoriti semesti lelaki, seingat aku hanya ada 6 – 7 orang lelaki, bagi 40 orang pelajar.

Cuba bayangkan, selama ini aku hanya hidup dalam kelompok masyarakat aku sahaja, kini aku mendapat pendedahan berkawan dengan bangsa lain. 

Sesuatu yang menyeronokan bagi aku, bahkan pernah wujud angan-angan untuk berkahwin 3 iaitu isteri pertama dari kaum Cina, kedua India dan bongsu barulah Melayu. Terasa Muhibah dalam keluarga.

Di Universiti Malaya, para pelajar diberi kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti selagi tidak melanggar AUKU. Hal ini termaksud menubuhkan Persatuan. Jabatan Pengajian Media turut mempunyai Persatuan Pelajar Jabatan Pengajian Media tetapi telah lama dibekukan kerana Jawatankuasa terdahulu tidak menghantar laporan Persatuan kepada Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya.

Keadaan membuatkan aku nekad untuk mengaktifkan kembali Persatuan Mahasiswa Jabatan Pengajian Media sebelum aku tamat belajar. 

Dengan pertolongan beberapa orang Junior, sokongan dari Ketua Jabatan, akhirnya Mesyuarat Agung Persatuan Mahasiswa Jabatan Pengajian Media dapat dilaksanakan. 

Ahli Jawatankuasa baru telah dibentuk, impian aku ketika itu, Persatuan yang diaktifkan semula ini mampu memberi banyak kebaikan kepada Mahasiswa Jabatan Pengajian Media.

Majoring Pengajian Media tetapi apakah minoring aku?, ketika sesi awal pendaftaran, aku cuba meneliti Jabatan yang boleh dipasangkan dengan Jabatan Pengajian Media ketika itu, TIADA. Aku sedikit cuak kerana tempoh akhir semakin hampir.

Ketika tengah sibuk di kawasan Jabatan Pengajian Geografi kalau tidak salah aku, ketemu dengan Penyelaras Program Pengajian Kependudukan, bidang pengajian yang menarik bagi aku ketika itu. 

Setiap subjek yang ditawarkan dapat dipairkan dengan subjek Jabatan Pengajian Media. Alhamdulillah, akhirnya secara rasmi aku Majoring Pengajian Media manakala Minoring Pengajian Kependudukan.

Keistimewaan menjadi pelajar Jabatan Pengajian Media ialah mereka akan sentiasa bersenam setiap kali menghadiri Kuliah di Jabatan, ini kerana Jabatan Pengajian Media berada di bangunan baru Fakulti, di atas bukit. 

Oleh kerana itu, berat aku ketika belajar dibawah 100 KG, lilitan pinggang 42-44 cm sahaja berbanding sekarang. 

Dalam Pengajian Media itu sendiri, aku harus memilih majoring dan minoring dalam bidang yang ditawarkan. Aku memilih majoring dalam Perhubungan Awam dan minoring dalam penulisan.

Jabatan Pengajian Media turut menawarkan bidang Perfileman tetapi bukan jiwa aku, namun aku berbangga kerana salah seorang lepasan Pengajian Filem, kini menjadi Pengarah tersohor, antara naskah yang dihasilkan ialah CEO dan terbaru Filem PUSAKA.

Masa terus berputar, dari bergelar seorang junior, berubah status bergelar Senior walaupun baru tahun ke-2, bagi setiap Pelajar Jabatan Pengajian Media harus melengkapkan jumlah jam kredit yang ditetapkan oleh Jabatan termasuk menjalani Latihan Amali semasa semester break. 

Aku ditemani sahabat baik TENGKU, Berjaya mendapat tempat di salah sebuah GLC, Kuala Lumpur. Cuma sedikit mengecewakan bagi aku apabila pendedahan yang diberikan lebih kepada task seorang office boy. Nasib baik, keputusan yang aku perolehi agak baik.

Oleh kerana ketika itu, aku tiada misi dan visi hidup yang nyata, aku layankan sahaja, dalam minda hanya ingin menamatkan jam kredit yang ditetapkan.

Next, tahun ke-3,  ketika ini boleh dikatakan waktu kritikal untuk Mahasiswa Perempuan mencari Jodoh. Aku masih teringat kata-kata Penyelaras pengajian Minor aku, lelaki pada tahun pertama tiada siapa memandang namun lama kelamaan semakin hangat di Pasaran kerana adik-adik Junior pasti menaruh harapan. 

Berbeza pelajar wanita, ketika tahun pertama begitu hangat kerana abang-abang Senior cuba menawan hati apabila masuk tahun ke 2 atau 3,  kalau belum berpunya elok focus sahaja pada Pelajaran.

Para Pelajar tahun ke-3 atau tahun akhir, harus melengkapkan penulisan tesis berkaitan dengan Bidang Media yang skopnya cukup luas. Aku amat lemah dalam menyiapkan Penulisan Tesis, amat berbeza dengan abang aku yang sangat baik penulisannya. 

Aku bernasib baik, mempunyai Penyelia yang nampak garang bagi kami di Jabatan tetapi sebenarnya sangat baik pada para pelajarnya.

Malah ketika tarikh akhir menyerahkan penulisan kepada Jabatan, aku masih belum siap, Orang Pejabat Jabatan dah bising tapi nasib baik Penyelia aku back up, aku diberi masa tambahan untuk menyiapkan Penulisan Tesis aku.

Dari tahun 1 sehingga akhir tahun, pelbagai aktiviti pelajar di Jabatan di adakan, dari Jamuan Hari Raya sehingga Hari Interaksi, aku masih teringat kejadian yang membuatkan para Junior sedikit meluat dengan aku apabila aku minta mereka memberi kerjasama pada Pengarah Program Interaksi yang dilantik oleh Jabatan. 

Well, ia menjadi adat bukan apabila menjadi pemimpin, ada yang suka dan ada yang membenci. Paling penting matlamat program yang diadakan tercapai walaupun kurang sambutan.

Aku semasa belajar telah pun mendapat penyakit Micro Sleep, kalau tidak silap aku, ketika menjalani Peperiksaan besar, aku boleh terlelap ketika menjawab soalan. Sedar-sedar waktu peperiksaan telah pun tamat.

‘Repeat Paper’, istilah untuk para pelajar yang gagal subjek wajib, pelajar harus ulang semula subjek tersebut pada semester akan datang, Alhamdulillah aku hanya perlu repeat satu paper sahaja kalau tidak salah ingatan aku.

Banyak pengalaman manis yang aku cipta ketika bergelar Mahasiswa Pengajian Media, salah satunya, aku diberi peluang menjadi pembantu pensyarah untuk menemubual Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu.

Menjadi wartawan bagi Buletin Jabatan Pengajian Media, seterusnya berpeluang menghadiri pembentangan kertas kajian calon Sarjana.

Aku juga berpeluang membantu salah seorang pesyarah menyiapkan tesis Phdnya sehingga ke Johor, itulah kali pertama aku menjejakan kaki ke Negeri Johor. Kemudian singgah Melaka.

Akhirnya masa penghujung telah sampai, aku berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda pada masa yang ditetapkan walaupun aku terlepas peluang memohon menjadi Pesyarah bawah tajaan Universiti. 

Sepanjang 3 tahun, pelbagai suka & duka dirasai bersama sahabat-sahabat yang walaupun tidak lama mengenali tapi sanggup bersama ketika susah & senang.

Jasa sahabat baik aku iaitu Tengku tidak dapat dilupakan, bayangkan apa awal pertemuan kami, aku pelik apabila Pesyarah kami memanggilnya Yang Mulia Tengku. 

Aku yang lurus lagi jujur tanya dia, mengapa pesyarah panggil kau Yang Mulia. Hanya dijawab dengan senyuman.

Tahun 2006 adalah tahun aku menggenggam segulung Ijazah dengan hutang PTPTN yang WAJIB di bayar.


Comments

  1. salam abang. saya berminat untuk masuk pengajian media di um sebab saya berminat mengkarya filem dan bercita-cita nak jadi pengarah filem. tapi mak saya bangkang sebab takut tiada pekerjaan (terutama masa covid skg) dan mungkin terlalu social. boleh tk abg tolong saya pikirkan cmna nk pujuk mak saya bagi saya mohon ijazah ni. mcm pengalaman abang dan kawan-kawan abang selepas tamat pengajian. selepas baca post abang ni buat saya lagi nak masuk pengajian media um..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara peribadi, bidang perfileman merupakan bidang yang menarik untuk diterokai dan mempunyai potensi yang tersendiri. Sebagai contoh Pengarah Filem CEO merupakan alumni Pengajian Media, UM.

      Berkenaan tentang peluang pekerjaan. Jangan bimbang, terbuka luas walaupun Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Media. Ramai dikalangan Alumni bekerja di luar skop pengajian tetapi asas pemikiran terbina dari Pengajian Media. Ada alumni jadi cikgu, polis, bidang oil & gas dan pelbagai lagi. Ramai menjadi editor atau wartawan kanan.

      Apapun bidang yan dipilih, harus fokus. Pastikan mendapat CGPA 3.5 ke atas apabila tamat belajar nanti. Zaman saya belajar dengan zaman sekarang berbeza kerana sekarang lebih mencabar maka persiapkan diri untuk menempuhi cabaran tersebut.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

Mengapa Pegawai Penerangan?