Posts

Kluster Chengal

Ketika ini, kawasan Pekan Ketereh dikategorikan sebagai Zon Merah kerana termasuk dalam jajahan Kota Bharu. Pada waktu yang sama, wujudnya Kluster Chengal menyebabkan risiko ledakan penularan semakin tinggi dan membimbangkan.  Sejak kluster chengal diumumkan secara rasmi oleh KKM. Pelbagai kisah tersebar di kalangan komuniti di sini. Namun kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana berita yang disampaikan hanya dari mulut ke mulut. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh  MOH , setakat 26 November 2020, seramai 15 orang disahkan positif hasil dari saringan yang dilakukan oleh pihak KKM.  Aku percaya bahawa bilangan pesakit dibawah Kluster Chengal akan terus meningkat berdasarkan lokaliti dan sikap komuniti setempat yang sehingga sekarang masih tidak mematuhi peraturan SOP sepenuhnya terutama apabila berada di premis. Menjadi persoalan aku ialah radius penularan yang terhasil oleh Kluster Chengal . Komuniti di sini sedia maklum bahawa Kluster Chengal wujud dari Majlis Ke...

Harassments

When it comes to sexual harassment, it is a common occurrence especially in the office, involving employers or superiors with subordinate employees.  There are victims who remained silent, some are trying to speak for the dignity of trying spotted. The question that comes to mind when touching on this issue is the cause of why sexual harassment occurs ?. Is the sexual harassment that occurred the fault of the victim who gave the opportunity to the predator i.e. a superior officer or employer ?. Based on my observations, there are several situations that trigger the existence of sexual harassment.  I have faced situations where the victim did not do anything wrong or tried to seduce an officer or employer unconsciously but often became the subject of sexual harassment.  Most disgusting to me is that the perpetrator acted like nothing happened after committing sexual harassment. Though it has an indirect effect on the victim. This causes the victim to try to avoid meeting t...

CERITA APA 11 RABIULAKHIR?

  KISAH DALAM SEBUAH CATATAN Ketika ini musim tengkujuh telah membuka tirainya, hari ini bermula dari pagi sehingga senja, cuaca mendung yang diselangi hujan yang lebat berganti dengan renyai. Setelah sekian lama dapur tidak berasap setelah abang mula bertugas di Putrajaya. Hari ini, ma ingin makan masakan sendiri yang sangat simple iaitu telur dadar dan sup sayur. Nasi pula dari beras khas buat pesakit kencing manis. Lepas solat Jumaat, mak saudara sebelah rumah, makan di rumah bersama-sama mak saudara dan suami yang tinggal di rumah pusaka nenek. Menu sangat simple, ikan rebus goreng cecah budu berserta sambal ikan tawar. Sangat menyelerakan sehingga tidak sedar aku telah makan nasi pada pinggan kedua. Menjadi adat, apabila bersembang, pasti banyak benda ingin dicelotehkan. Ketika ini, pasti yang dibicarakan adalah isu kluster chengal berdekatan dengan rumah aku. Satu demi satu kontak kluster chengal dikesan dan dikatakan positif. Ia sangat membimbangkan aku secara peribadi, bahk...

WIRA NEGARA TERKORBAN

 ANGKARA PENYELUDUPAN  Kita sedia maklum bahawa ketika ini, Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam waktu yang sama, semua Pasukan Keselamatan sedang berusaha melaksanakan Operasi Benteng iaitu memperketatkan kawalan bagi setiap sempadan negara termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Menurut laporan mstar , berlaku insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand sehingga mengorbankan seorang anggota PGA manakala rakannya cedera parah. Menurut harakahdaily , pertempuran tersebut dipercayai melibatkan 2 kumpulan penyeludup yang terdiri dari warga Malaysia dan  warga Thailand. Ketika membaca laporan berhubung kes terbabit, mengalir air mata aku, terbayang bagaimana situasi yang dihadapi oleh anggota PGA terbabit ketika bertempur dengan musuh negara yang jauh lebih ramai. Betapa hebat semangat Wira Negara berjuang sehingga mengorbankan diri sendiri. Aku terbayang babak filem Bukit Kepong, anggota polis yang terkorban ketika bertempur...

JANGKITAN BERMULA

Image
  Perkara yang dibimbangi kini menjadi kenyataan apabila pihak KKM sedang menjejaki tetamu yang menghadiri Majlis Kenduri di kawasan Kampung Chengal, Pekan Ketereh.  Hal ini disebabkan salah seorang tetamu yang disaring disahkan positif terkena jangkitan. Persoalan yang bermain di minda, adakah situasi ini bakal menimbulkan kluster baru dan paling penting ia sangat dekat dengan kediaman aku. Sesuatu yang sangat membimbangkan secara peribadinya kerana takut dijangkiti tanpa kita sedari. Aktiviti harian masyarakat setempat berdasarkan pemerhatian masih berjalan seperti biasa. Cuma jumlah pengunjung di kawasan pasar ketereh amat jelas semakin berkurangan berbanding waktu sebelumnya. Salah sebuah kedai makan yang terkenal di Pekan Ketereh, terpaksa menyusun kembali pengurusan kedai kerana jumlah pelanggan yang singgah di kedai terbabit menurun dengan drastik. Aku berharap situasi terbabit akan berubah secepat mungkin, bimbang jika ia membawa kepada penutupan akibat kos yang harus ...

The philanthropist

2020 is a year that tests us all, regardless of religion, race or country. All were deeply moved by the Pandemic outbreak that killed millions of innocent human lives. Starting from just one country, it is now spreading all over the world and is still trying to end the spread. Malaysia began implementing the Movement Control Order as an effort to break the Pandemic transmission chain. It was implemented on 18 March 2020. Began a profound impact on society, particularly in economic terms. One of these effects is that many Malaysians are starting to lose their jobs due to the inability of the organization or company to survive because of the company's operations involve a huge cost. Indeed, Allah SWT is Most Merciful when sending a very generous servant, helping Malaysians and the country during a critical situation in the first wave of pandemic transmission. He is Ustaz Ebit Lew, a motivator, book writer and successful entrepreneur. He gives donations and assistance when needed such...

PKPB KELANTAN

Image
  TEMPOH SELAMA 2 MINGGU Bagai sudah diduga bahawa giliran Kelantan pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 21 November sehingga 6 Disember 2020. Pelaksanaan ini adalah disebabkan pola peningkatan jumlah pesakit yang positif dijangkiti beserta kewujudan beberapa buah kluster baru. Pada aku, perkara sudah terjadi, ingin menuding jari kepada siapa, itu bukan lagi persoalan utama. Kini rakyat Kelantan harus berubah sikap agar sepanjang tempoh 2 minggu yang ditetapkan mampu memperlihatkan perubahan yang ketara dari segi jumlah pesakit yang positif. Ketika ini, rakyat Kelantan harus mematuhi SOP yang ditetapkan terutama dari segi memakai penutup muka ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.  Di Kelantan, seperti menjadi budaya masyarakat setempat, apabila waktu pagi, petang atau malam, wajib melepak di kedai kopi. Tanpa mengira kelompok muda atau tua, seakan sama budayanya. Tidak salah untuk melepak, namun tidak sesuai ketika ini kerana ia mamp...