CERITA APA 11 RABIULAKHIR?

 KISAH DALAM SEBUAH CATATAN


Ketika ini musim tengkujuh telah membuka tirainya, hari ini bermula dari pagi sehingga senja, cuaca mendung yang diselangi hujan yang lebat berganti dengan renyai.

Setelah sekian lama dapur tidak berasap setelah abang mula bertugas di Putrajaya. Hari ini, ma ingin makan masakan sendiri yang sangat simple iaitu telur dadar dan sup sayur. Nasi pula dari beras khas buat pesakit kencing manis.

Lepas solat Jumaat, mak saudara sebelah rumah, makan di rumah bersama-sama mak saudara dan suami yang tinggal di rumah pusaka nenek. Menu sangat simple, ikan rebus goreng cecah budu berserta sambal ikan tawar. Sangat menyelerakan sehingga tidak sedar aku telah makan nasi pada pinggan kedua.

Menjadi adat, apabila bersembang, pasti banyak benda ingin dicelotehkan. Ketika ini, pasti yang dibicarakan adalah isu kluster chengal berdekatan dengan rumah aku.

Satu demi satu kontak kluster chengal dikesan dan dikatakan positif. Ia sangat membimbangkan aku secara peribadi, bahkan dikatakan ada penjual di atas pasar turut disahkan dijangkiti dengan virus pandemik tersebut.

Kegiatan ekonomi penduduk di Ketereh masih berjalan seperti biasa, namun bagi penduduk di sini pasti nampak dan terasa bahawa Pekan Ketereh semakin suram, sedangkan kebiasaannya dipenuhi dengan pengunjung.

Adakah situasi ini bakal berterusan atau ada khabar gembira yang pasti kita temui?. Alhamdulillah, kawasan setempat di Pekan ini, masih berada terkawal ketika beberapa kawasan mula dibanjiri air.

Ketika ini, semua kenduri melibatkan majlis perkahwinan di larang sama sekali. Bahkan Kota Bharu telah berubah status kepada status zon merah. Setiap hari ada sahaja kes baru dicatatkan.

Mampukah Kelantan berjaya keluar dari penularan gelombang ke-3?. Adakah PKPB yang dilaksanakan ketika ini, bakal berakhir pada tarikhnya atau bakal bersambung tarikhnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?