PKPB KELANTAN

 TEMPOH SELAMA 2 MINGGU


Bagai sudah diduga bahawa giliran Kelantan pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 21 November sehingga 6 Disember 2020. Pelaksanaan ini adalah disebabkan pola peningkatan jumlah pesakit yang positif dijangkiti beserta kewujudan beberapa buah kluster baru.

Pada aku, perkara sudah terjadi, ingin menuding jari kepada siapa, itu bukan lagi persoalan utama. Kini rakyat Kelantan harus berubah sikap agar sepanjang tempoh 2 minggu yang ditetapkan mampu memperlihatkan perubahan yang ketara dari segi jumlah pesakit yang positif.

Ketika ini, rakyat Kelantan harus mematuhi SOP yang ditetapkan terutama dari segi memakai penutup muka ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai. 

Di Kelantan, seperti menjadi budaya masyarakat setempat, apabila waktu pagi, petang atau malam, wajib melepak di kedai kopi. Tanpa mengira kelompok muda atau tua, seakan sama budayanya. Tidak salah untuk melepak, namun tidak sesuai ketika ini kerana ia mampu mengundang risiko jangkitan.

Sepanjang pengalaman aku, agak sukar untuk menegur atau menasihati kelompok yang gemar berada di premis warung atau kedai makan dalam tempoh PKPB, walaupun premis ditutup tetap dikunjungi, tetap tidak menjaga penjarakan sosial.

Ketika ini satu daerah berstatus jingga manakala 3 daerah berstatus kuning, keadaan mampu berubah tetapi bergantung kepada kerjasama penduduk setempat. Jika terus bersikap sambil lewa dalam pematuhan SOP, tidak mustahil dari status jingga terus kepada merah, ketika itu pula tidak mustahil pihak MKN melaksanakan PKPD bersasar pula.

Buat anak-anak perantau, mohon jangan pulang ketika ini, terutama perantau dari kawasan berstatus merah. Kebanyakan kes yang terjadi di Kelantan ketika ini adalah berpunca dari anak-anak Kelantan yang pulang ke kampung. Ketika ibubapa dalam keadaan sihat sejahtera di kampung, kita pulang membawa duka dengan menyebabkan virus yang tidak kenal siapa, pengakhiran pasti membawa duka.

Buat pihak berkuasa, diharapkan meningkatkan kekerapan rondaan dalam memantau pematuhan SOP serta pergerakan anak-anak muda yang sentiasa berkeliaran pada waktu malam. Hal ini, merujuk situasi di Pekan Ketereh sendiri yang mana apabila waktu senja, kelompok anak-anak muda yang masih belasan tahun yang pasti tiada lesen motorsikal berkeliaran di kawasan Pekan Ketereh sambil berbuat bising.

Adakah tempoh PKPB negeri Kelantan kekal 2 minggu atau dipendekkan atau disambung?. Ia bergantung kepada rakyat Kelantan itu sendiri kerana virus pandemik ini nampak seperti tidak kuat, tetapi telah ramai menjadi korbannya. 

Jangan bersikap terlalu bergantung kepada pihak berkuasa sehingga lupa bahawa pandemik ini hanya mampu di tangani jika kita sama-sama berusaha untuk memutuskan penularan yang sehingga kini entah bila penghujungnya.

Paling mendukacitakan apabila PKPB dilaksanakan, itu dibermakna Masjid semakin suram, jemaah yang hadir di hadkan, malah untuk Solat Jumaat harus mengikut sistem kupon dengan had maksimun hanya 50 orang sahaja. Sedih bukan apabila ia terjadi ketika waktu dunia semakin tidak lama lagi sampai waktu bersaranya.

Pada aku, pandemik ini mampu terhenti cuma ia bergantung kepada diri kita sendiri, aturan yang diberi, tinggal hanya untuk dipatuhi, namun jika masih gagal di ikuti maka kesan harus redha menghadapi sebab itu prinsip hukuman di dunia ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?