JANGKITAN BERMULA

 
Perkara yang dibimbangi kini menjadi kenyataan apabila pihak KKM sedang menjejaki tetamu yang menghadiri Majlis Kenduri di kawasan Kampung Chengal, Pekan Ketereh. Hal ini disebabkan salah seorang tetamu yang disaring disahkan positif terkena jangkitan.

Persoalan yang bermain di minda, adakah situasi ini bakal menimbulkan kluster baru dan paling penting ia sangat dekat dengan kediaman aku. Sesuatu yang sangat membimbangkan secara peribadinya kerana takut dijangkiti tanpa kita sedari.

Aktiviti harian masyarakat setempat berdasarkan pemerhatian masih berjalan seperti biasa. Cuma jumlah pengunjung di kawasan pasar ketereh amat jelas semakin berkurangan berbanding waktu sebelumnya.

Salah sebuah kedai makan yang terkenal di Pekan Ketereh, terpaksa menyusun kembali pengurusan kedai kerana jumlah pelanggan yang singgah di kedai terbabit menurun dengan drastik. Aku berharap situasi terbabit akan berubah secepat mungkin, bimbang jika ia membawa kepada penutupan akibat kos yang harus ditanggung.

Manakala aktiviti lain, terutama waktu petang, masih berjalan seperti biasa seperti warga emas melepak diwarung sambil membasahkan tekak dengan segelas dua teh tarik.

Aku difahamkan bahawa pihak PBT telah mengarahkan agar aktiviti perniagaan waktu malam hanya dibenarkan sehingga pukul 10.00 malam sahaja.

Aku berharap tiada penularan yang membimbangkan berhubung kes positif ketika menghadiri kenduri kahwin di Kampung Chengal.  Walaubagaimanapun kerana ia dijalankan di kawasan kampung, mungkin radius saringan kotak rapat diperluaskan.

Tiada siapa ingin terjadi situasi sebegini, namun apabila ia telah terjadi, kita semua harus redha dan berusaha mengatasinya.

Aku berharap agar warga emas di kawasan ini, mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM. Mungkin peratusannya kecil, tapi masih wujud kelompok yang tidak mematuhi SOP terutama memakai topeng muka.

Jika sebelum ini, masyarakat memakai kerana bimbang dikenakan denda sebanyak RM1000, kini masyarakat harus memakai demi memastikan tidak terkena jangkitan pandemik. Di antara laporan akhbar berhubung kes di kampung chengal adalah seperti berikut:- bharian, mymetro dan mkini.

Aku berharap PKPP di Kelantan tidak akan dilanjutkan namun segalanya mungkin berlaku terutama jika kluster baru terus wujud dan masyarakat setempat masih gagal mematuhi SOP atau duduk di rumah sahaja.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?