PERSIAPAN HIDUP SEBELUM MATI
PERSIAPAN HIDUP SEBELUM MATI, BEKAL HIDUP SEBELUM MATI K ita selaku Umat Islam, sentiasa diingatkan tentang 5 Perkara sebelum datangnya 5 Perkara, Salah satunya ialah 'HIDUP SEBELUM MATI'. Benar!, satu masa kita pasti akan MATI, cuma kita tidak tahu BILA, DI MANA, BAGAIMANA kita akan mati. Kita selaku Umat Nabi Muhammad SAW telah ditentukan hanya berada di dunia ini pada waktu yang sangat singkat. Namun ramai diantara kita terlalu mencintai dunia ini sehingga lupa kita pasti MATI. Para Ulamak, sentiasa berpesan untuk melakukan AMAL IBADAH ketika usia masih ada kerana itu BEKALAN utama untuk dibawa ke penghitungan PADANG MASYAR nanti. Dengan BEKALAN yang kita bawa, bakal menentukan ke mana arah kita, SYURGA atau NERAKA. Sebelum itu, dengan BEKALAN yang sama bakal menentukan nasib kita di alam kubur nanti. Terseksa atau sebaliknya. Bayangkan, setelah jasad kita disemadikan, tinggallah kita seorang diri, didalam ruang yang sempit,kemudian hadir 2 Malaikat penj...