KISAH SEJARAH DILUPAKAN
KISAH SEJARAH DILUPAKAN
Dalam kehidupan ini,
kebiasaannya kita berada pada 3 keadaan atau situasi iaitu keadaan yang lepas,
keadaan sekarang dan keadaan di masa hadapan. Keadaan di masa hadapan adalah
keadaan yang kita belum pasti bagaimana ia terjadi atau berlaku tetapi kita
boleh merancang bagaimana kita ingin keadaan di masa hadapan.
Keadaan sekarang ialah
keadaan sedang berlaku, keadaan yang mungkin luar dari perancangan atau harapan
kita pada ketika berada di keadaan masa yang lepas. Mungkin aku boleh gambarkan
keadaan selepas PRU ke-14 yang tidak sama seperti keadaan sebelum PRU ke-14.
Aku ingin berkongsi
pandangan terhadap keadaan yang lepas atau gelaran yang biasa kita dengar
adalah SEJARAH. Suatu keadaan yang tidak mungkin kita mengubahnya tetapi ia
kekal menjadi sebahagian dari hidup kita sampai bila-bila.
Setiap dari kita, tidak kira
siapa pun, pasti mempunyai SEJARAH tersendiri, ada SEJARAH kelam, ada SEJARAH
penuh kegembiraan. Ada SEJARAH terjadi tanpa di rancang. Seharusnya SEJARAH
dijadikan panduan oleh kita semua agar tidak mengulangi kesilapan yang pernah
tertulis dalam SEJARAH.
Aku amat pasti golongan muda
atau Belia keadaan sekarang mempelajari SEJARAH Bangsa mereka, Agama mereka
& Negara mereka. Namun ianya hanya mencurahkan air di atas daun keladi.
Mereka belajar hanya untuk peperiksaan bukan untuk mengenali salasilah asal
kejadian mereka.
Secara umumnya, kita belajar
tentang SEJARAH Negara kita iaitu MALAYSIA, dahulunya di panggil TANAH MELAYU.
Sebuah SEJARAH yang harus DIINGATKAN sampai bila-bila.
Kita mempelajari bagaimana
Portugis selaku Orang asing, mendapatkan hak atau memiliki Pulau Pinang hanya
dengan sebuah janji membantu Kedah melawan tentera Siam. Akhirnya SEJARAH
tertulis bahawa KEDAH hilang PULAU PINANG & PERLIS.
SEJARAH tertulis bagaimana
kesilapan BANGSA kita sendiri, akhirnya seluruh semenanjung TANAH MELAYU Berjaya
di tawan oleh British pada tempoh yang sangat cukup lama.
SEJARAH seterusnya
mencatatkan kehadiran JEPUN di Tanah Melayu, tiada siapa boleh menduga bahawa
Jepun akan menawan Tanah Melayu melalui Kota Bharu & Thailand. SEJARAH
kekejaman JEPUN mula tertulis selepas itu, ada yang terakam ada yang terlepas
pandang.
Seterusnya kita belajar
SEJARAH kekejaman Parti Komunis Malaya yang bermula di Era Jepun sehingga tahun
akhir 1980-an. Bagi aku, ia salah sebuah SEJARAH HITAM bagi TANAH MELAYU.
Seharusnya menjadi SEJARAH
yang tertulis sebagai panduan dalam merangka MASA DEPAN. Kita harus sedar
bahawa SEJARAH MUNGKIN BERULANG. Sedangkan kita sentiasa melakukan kesilapan
yang sama seperti masa.
Adakah kita mempelajari
sesuatu dari SEJARAH sebuah negara bernama PALESTIN?.
Adakah kita mempelajari
sesuatu dari SEJARAH sebuah negara bernama IRAQ?.
Adakah kita mempelajari
sesuatu dari SEJARAH sebuah negara bernama SYRIA?.
Bagaimana SEJARAH diri kita
sendiri?. Aku mempunyai SEJARAH sendiri, begitu juga dengan orang yang turut
mempunyai SEJARAH sendiri. Adakah kita mempelajari SEJARAH keturunan kita?.
Ketika Abah masih hidup,
SEJARAH hidupnya selalu diceritakan pada aku, bagaimana ayah nenek merupakan
Orang China dari Tanah Besar datang ke Tanah Melayu di Era penjajah seterusnya
pulang ke Tanah Besar China tanpa sebarang berita.
SEJARAH sebelah ma pula ada
sedikit keturunan INDIA. Bukankah itu sangat menarik?. SEJARAH abah & ma,
mereka sama-sama hidup dalam kedaifan, kesusahan yang sangat menyedihkan sehingga Abah di
pelihara oleh orang lain, begitu juga ma.
Mungkin disebabkan itu, aku
tidak pernah meminta barangan mewah dari abah & ma kecuali situasi
memerlukan seperti handphone ketika mula-mula aku memasuki Universiti.
Point yang ingin sampaikan
pada penulisan kali ini ialah hampir 100% SEJARAH yang tertulis wujud kisah air
mata, pengorbanan, penderitaan yang sukar di gambarkan. Saudara aku sendiri ada
terlibat menjadi BURUH di LANDASAN KERETAPI MAUT di Siam.
SEJARAH HITAM ini,
sepertinya dilupai oleh anak-anak TANAH INI, mereka seolah-olah MABUK dengan
keadaan masa kini yang mereka lupa bahawa segalanya tidak kekal, pasti hilang
pada bila-bila masa sahaja.
Mungkin disebabkan itu, aku
melihat ramai sanggup menjual segalanya termasuk AGAMA demi KEMABUKAN sementara
ini, apabila SEJARAH BERULANG ketika itu baru merasa kesal dengan apa yang
berlaku.
Ingatlah SEJARAH tidak
pernah melupakan KITA tetapi KITA yang sentiasa LUPA pada SEJARAH.
Walau SEHEBAT mana sekali
pun, SEBERJAYA mana sekali pun. Ia bermula dari sebuah SEJARAH. KEHEBATAN pasti
hilang, KEJAYAAN pasti MUSNAH. SEJARAH pernah menulis TENTANGNYA.
Sekian.
google.com,
pub-8513704964416390, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Comments
Post a Comment