Flood Season 2019
Halaman 1 Disember 2019 dibuka
dengan catatan berkenaan ‘BANJIR’, bencana yang sentiasa terjadi apabila memasuki
bulan November sehingga Januari setiap tahun dan terjadi di kawasan Pantai
Timur meliputi Kelantan, Terengganu & Pahang.
Kejadian banjir dikatakan
berpunca dari perubahan kitaran angin monson timur laut yang membawa bersama
awam yang mempunyai kepadatan air yang sangat tinggi.
Jam menunjukan waktu pukul 3
pagi, keadaan cuaca ketika itu, hujan turun dengan sangat lebat di kawasan
Kelantan. Boleh dikatakn 60 % - 80% kawasan di Kelantan menerima kadar air
hujan yang sangat tinggit pada waktu itu. Kawasan kediaman aku, air mula
menunjukan peningkatan mendadak, beberapa orang jiran termasuk abang aku
sendiri mula mengalih kenderaan ke luar kawasan perumahan kami.
Aku mula dihimpit rasa
kebimbangan apabila melihat situasi tersebut, kawasan perumahan kami telah
mengalami 3 kali kejadian air naik mendadak, Tahun 2014, seterusnya tahun 2016
& 2017. Dengan kondisi ibu yang uzur, harus memikirkan proses pemindahan.
Pegawai Polis tempatan dan
anggota Bomba mula melaksanakan rondaan, beberapa kawasan di Parlimen Ketereh
mula ditenggelami air, Pusat Pemindahan Sementara di buka di Masjid Utama dan
Sekolah yang berhampiran.
Alhamdulillah, sesudah selesai
solat Fardu Subuh, situasi sedikit terkawal apabila kadar hujan semakin
menurun, paras air bertahan pada satu tahap. Namun ketika memasuki waktu 9.00
pagi, kadar hujan kembali tinggi membuat paras air naik kembali.
Melihat keadaan air banjir ketika
itu yang jernih, menunjukan bahawa air sungai belum melepasi paras bahaya.
Dalam beberapa minit, hujan mula berhenti, keadaan ini membolehkan paras air
banjir menurun.
Menjelang waktu pukul 2 petang,
paras air banjir kawasan perumahan aku semakin menurun walaupun kadar penurunan
sangat perlahan. Kadar penurunan hujan kembali tinggi menjelang senja,
membuatkan hati aku kembali bimbang.
Sepanjang pengamatan aku,
sepanjang tahun 2019, pihak berkuasa tempatan & agensi pusat melakukan
pelbagai usaha dalam meminimunkan kesan banjir. Di antara usaha yang dijalankan
seperti membina saluran longkang yang baru & memperbesarkan terusan
anak-anak sungai.
Walaupun pelbagai usaha
dilakukan, namun masalah utama belum lagi dapat diselesaikan iaitu sikap kita
sendiri, hal ini merujuk kepada saluran-saluran longkang yang tersumbat
disebabkan sampah-sarap yang dibuang. Keadaan ini, mempercepatkan kadar
kenaikan paras air dan melambatkan proses penyusutan paras air.
Kuala Krai, selaku daerah yang
mengalami kesan teruk ketika banjir tahun 2014, sekali lagi menerima impak yang
tidak kurang teruknya melibatkan kawasan kampong Chuchuh Puteri & Kampung
Sungai Pas. Begitu juga kawasan Pasir Puteh & Rantau Panjang.
Walaupun Banjir dikategori
Bencana Alam, namun ia tidak semata-mata memberi kesedihan kepada yang
mengalaminya tetapi mendatangkan kegembiraan apabila ada dikalangan mangsa
banjir mula memukat ikan dikawasan laluan air banjir.
Hal sebegini yang
mengundang kecelakaan nyawa, di Kelantan setakat entries diterbitkan, 2 orang
mangsa banjir telah terkorban. Kita semua sedia maklum bahawa musim cuti Sekolah di Malaysia adalah pada hujung tahun merujuk bulan November sehingga Disember setahun.
Keadaan ini membuatkan kanak-kanak seronok sekiranya berlaku bencana banjir, keseronokan yang jika tidak dikawal oleh ibubapa, nescaya ada nyawa yang melayang seperti tahun-tahun sebelumnya.
Aku sendiri, walaupun usia kian menuju angka 40. Masih mempunyai rasa ingin berseronok bermain air banjir. Mungkin perasaan yang dialami oleh mereka dalam kelompok pendapatan rendah atau bahasa mudah "orang kampung".
Kata orang tua-tua, situasi
banjir di kawasan Pantai Timur, hanya akan berakhir apabila melepasi tahun baru
Cina yang kali ini jatuh pada 25 Januari 2020. Betul atau tidak, hanya Allah
SWT Maha Mengetahui.
Setiap kali terjadi bencana alam sebegini, ia turut melibatkan kos kerugian yang agak tinggi bagi mangsa yang terlibat. Persoalan bermain difikiran aku iaitu mengapa kejadian semakin kerap berlaku terutama kawasan perumahan kediaman aku sendiri.
Hakikatnya sebelum 2014, amat sukar untuk kawasan kediaman aku mengalami bencana, kos yang harus ditanggung sangat mendukacitakan, walaupun ada sekelompok geng kopiah akan berpesan bahawa redha bahawa ini takdir tuhan.
Setiap kali terjadi bencana alam sebegini, ia turut melibatkan kos kerugian yang agak tinggi bagi mangsa yang terlibat. Persoalan bermain difikiran aku iaitu mengapa kejadian semakin kerap berlaku terutama kawasan perumahan kediaman aku sendiri.
Hakikatnya sebelum 2014, amat sukar untuk kawasan kediaman aku mengalami bencana, kos yang harus ditanggung sangat mendukacitakan, walaupun ada sekelompok geng kopiah akan berpesan bahawa redha bahawa ini takdir tuhan.
Comments
Post a Comment