Kenangan Berkhatan
Kini kita memasuki
bulan Disember, bulan terakhir sebelum memasuki tahun baru, ketika ini, rata-rata masih dalam mood cuti sekolah.
Ia bermakna menjadi kebiasaan apabila tiba musim cuti sekolah yang panjang, aktiviti wajib untuk dilakukan ialah mengadakan Majlis Perkahwinan atau Majlis Berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Muslim.
Ia bermakna menjadi kebiasaan apabila tiba musim cuti sekolah yang panjang, aktiviti wajib untuk dilakukan ialah mengadakan Majlis Perkahwinan atau Majlis Berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Muslim.
Bercakap soal berkhatan, tiba-tiba aku teringat nostalgia lama tentang aku berkhatan yang masih segar dalam ingatan. Malah Doktor yang mengkhatankan aku masih sihat sehingga sekarang. Kalau tidak salah,ketika itu, aku berusia di antara 10 -11 tahun.
Aku tidak keseorangan ketika
berkhatan, salah seorang cousin turut berkhatan bersama. Ketika itu, kami datang awal pagi ke Klinik, kebetulan pula sebelum giliran aku
tiba, kanak-kanak lain sedang berkhatan. Aku masih ingat, langkah
sahaja kaki di ruang menunggu, kedengaran pekikan suara kanak-kanak itu dalam
bilik pembedahan.
Mendengarnya laungan itu, membuat aku secara automatik takut untuk menghadapi giliran aku sekejap lagi hingga terfikir ingin cabut lari, manakala cousin aku steady jea.
Nama aku dipanggil, masuk sahaja
ruang pembedahan, kelihatan Doktor yang bakal mengkhatankan aku tersenyum
bersama pembantunya. Saat korban telah tiba, aku dibaringkan sambil kaki dibuka luas, burung yang terkurung lama kini dibuka sarangnya. Belum sempat
Doktor berbuat apa-apa, aku dah meraung mengalahkan nyanyian TOMOK dari
kumpulan NEW BOYS.
Paling kelakar ialah sepanjang
proses pembedahan, raungan aku tidak berhenti sehingga Doktor angkat tubuh aku untuk bangun,
menandakan pembedahan telah selesai. Walaupun ikutkan keadaan, aku kena harus dikhatan sekali lagi tetapi biarlah guna apa yang ada.
NEXT!, giliran cousin aku pula,
suasana sepi sahaja, tiada suara yang kedengaran. Hebatnya cousin aku, keluar bilik pembedahan dengan senyuman sambil tangan memegang kain. Maka
bermula tempoh kami berpantang mengalahkan orang perempuan bersalin. Kami hanya dibenarkan makan nasi kosong dengan ikan bakar.
Paling aku pelik, bagaimana
cousin aku sembuh lebih awal berbanding dengan aku,siap datang ziarah aku lagi. Itulah kenangan yang
terakam diminda apabila menyentuh soal berkhatan.
Walaupun berkhatan ini wajib bagi
lelaki yang beragama Islam tetapi kini ia menjadi kebiasaan apabila lelaki
non-muslim turut berkhatan kerana mengikut kajian sains, berkhatan mempunyai
kelebihan terutama dari segi kebersihan alat sulit lelaki.
Begitulah Keindahan Islam,
menitik berat soal kebersihan meliputi luaran dan dalaman terutama sebelum
menunaikan Solat yang menjadi Tiang
Agama bagi seorang Muslim. Bagi adat Melayu, diadakan Majlis yang khusus
memeriahkan lagi sesi berkhatan seperti majlis mandi bawah pancutan air pili
bomba.
Kata ibu, orang dulu-dulu apabila
anak-anak mereka berkhatan, dibuatnya pulut kuning dan diedar pada jiran
tetangga sebagai tanda bahawa anak mereka kini telah dewasa. Jangan lupa kaum
wanita turut bersunat tetapi pada usia bayi lagi. Aku pun baru tahu ketika
Majlis Berkhatan cousin aku.
Keindahan Agama dimeriahkan
dengan keindahan budaya. Semoga ‘Tak lekang di panas, tak lapor dihujan’. Cuma aku bersyukur tidak kena khatan dengan tok mudim yang dikatakan hanya menggunakan pisau dan batang pokok pisang. Seram juga aku.
Sesuatu yang harus kita semua harus peka bahawa berkhatan atau bersunat merupakan tuntutan agama, bukan semata-mata budaya, bahkan bayi perempuan turut berkhatan.
Proses ini bukan dilakukan tanpa sebab kerana ia adalah untuk kesihatan kerana kita tahu bahawa di antara sumber penyakit di atas muka bumi ini terhadap manusia itu sendiri adalah berpunca dari alat kelamin.
Sesuatu yang harus kita semua harus peka bahawa berkhatan atau bersunat merupakan tuntutan agama, bukan semata-mata budaya, bahkan bayi perempuan turut berkhatan.
Proses ini bukan dilakukan tanpa sebab kerana ia adalah untuk kesihatan kerana kita tahu bahawa di antara sumber penyakit di atas muka bumi ini terhadap manusia itu sendiri adalah berpunca dari alat kelamin.
Comments
Post a Comment