Gaji Pembantu Warung


Salah seorang cousin aku, bekerja di kedai makan yang berdekatan dengan upah sebanyak RM30 sehari dengan sarapan dan makan tengahari adalah percuma. Majikannya merupakan pengusaha kedai makan nasi kerabu di antara yang tersohor di kawasan Ketereh ini.

Dari RM30 sehari akan dinaikan kepada RM50 sehari apabila semakin lama bekerja, itu yang menarik untuk aku kongsikan kerana nilai RM50 sehari dengan sarapan serta lunch disediakan merupakan kadar upah yang sangat lumayan.

Waktu bekerja pula hanya dari 8.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja, tugas cousin aku pula hanya kutip gelas atau pinggan di atas meja seterus lap sehingga bersih. Nilai upah besar, tugasan sangat mudah berbanding ketika aku bekerja di Putrajaya.

Ketika aku berkerja sebagai Pekerja Sambilan Harian di Putrajaya, upah yang aku terima hanya RM70 sehari, sarapan atau lunch sendiri, waktu bekerja pula dari 8.00 malam sehingga 5.30 malam. Tugasan pula hampir sama dengan tugasan yang dilakukan oleh kakitangan yang tetap.

Ketika ini, nilai pendapatan cousin boleh di hitung seperti berikut

RM30/hari x 7 hari bekerja = RM210/minggu

RM210 x 4 minggu = RM840 sebulan

Sekiranya cousin aku mendapat kenaikan upah.

RM50/hari x 7 hari bekerja = RM350/minggu

RM350 x 4 minggu = RM1400 sebulan 

Jika dibandingkan dengan aku,

RM70 x 20 = RM1400 sebulan

Namun, aku perlu tolak potongan KWSP, kos makan dan minum, belum dikira nilai tugasan yang diberikan, ia sudah cukup memberi gambaran bahawa kerja kedai makan lebih lumayan berbanding kerja pejabat.

Aku berharap cousin aku bekerja dengan elok-elok kerana sukar untuk mencari majikan yang sanggup berikan upah yang agak lumayan pada aku dengan sarapan dan lunch percuma.

Bekerja dan menyimpan kerana rezeki hari esok belum pasti untuk kelompok seperti kami ini. Ketika ini, sektor penyediaan makanan menjadi sektor utama ketika negara dalam proses pemulihan ekonomi.

Tidak perlu memakai pakaian formal tetap mendapat pendapatan yang sangat lumayan. Sesungguhnya ketika ini ada apa dengan pakaian di tubuh jika wang di kocek tiada untuk memastikan perut tidak kosong dan kelaparan.

Pagi sehingga tengahari bekerja di warung, petang pula bekerja di gerai burger. Sememangnya ketika ini usaha harus lebih lagi dari biasa kerana ekonomi hendak pulih seperti biasa memakan masa sekiranya tiada gelombang penularan baru menjelma.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?