Program OPKIM
Sebelum menamatkan pengajian di Universiti secara rasminya pada tahun 2006, aku berpeluang unuk menyertai program OPKIM anjuran Kolej Kediaman Ke-7, UM.
Lokasi yang menjadi pilihan adalah sebuah Felda di kawasan Hulu Selangor.
Sejujurnya ini merupakan kali pertama aku menyertai program sebegini kerana sepanjang berada di Universiti, lebih terlibat dengan aktiviti dalam kampus semata-mata berbanding berkongsep khidmat masyarakat.
Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan perjalanan kami menuju ke destinasi program dijalankan, aku terharu melihat sambutan yang dibuat oleh penduduk setempat di Dewan Orang Ramai.
Jamuan ringkas turut diadakan, simple tetapi menyelerakan, seingat aku, melihatkan menu masakan pada hari itu, pasti aku tidak menyentuhnya tetapi kali ini aku makan penuh berselera, mungkin disebabkan penat dan makan berjemaah.
Sesi perasmian berjalan lancar, aku di pasangkan dengan saudara Yunos sebagai anak angkat bagi keluarga kami di Felda tersebut. Kami ada adik angkat kembar lain jantina, alhamdulillah keluarga angkat sangat baik pada kami.
Kami diberikan bilik penginapan yang cukup selesa, cuma apabila dikenangkan kembali, aku tidak banyak meluangkan masa bersama keluarga angkat pada waktu itu.
Cuma pada hari terakhir kami di Felda, mempunyai sedikit masa terluang meronda kawasan sekitar termasuk mandi di kawasan air terjun yang cantik.
Sepanjang program berlangsung, ibu angkat kami menyediakan sebuah motorsikal untuk kegunaan kami, naik segan juga aku ketika itu. Maklumlah kemudahan yang diberikan sangat luar biasa kepada kami, hakikat motorsikal merupakan kenderaan utama setiap keluarga di saat itu.
Moment paling lucu sepanjang program ialah apabila aku sakit perut tengah malam, tandas berada di luar rumah. Maka terpaksalah aku kejutkan Yunos untuk temankan aku melepaskan hajat pada waktu itu.
Selain itu, aku secara tidak sengaja menendang Yunos ketika waktu tidur sehingga Yunos jatuh katil, nasib Yunos masih sabar dengan peristiwa yang tidak disengajakan itu.
Sejujurnya, kawasan Felda merupakan kawasan yang menenangkan bagi aku, kerana suasananya berbeza berbanding di bandar atau pekan kecil seperti tempat aku dibesarkan sejak dari kecil. Mungkin aktiviti warga di sini sedikit berbeza dengan aktiviti di bandar tetapi ia tetap mempunyai suasana yang tersendiri.
Pejam celik program OPKIM sampai ke penamatnya. Majlis penutup yang diadakan di selubungi dengan suasana yang menyedihkan terutama apabila ada dikalangan peserta sangat mesra bersama keluarga angkat walaupun baru beberapa hari berada di Felda tersebut.
Sepanjang program merupakan kenangan terindah cuma aku lupa sebab telah lama berlalu. Cuma apabila bas yang menjemput pulang merupakan bas yang sangat-sangat sayukan hati kami. Pengalaman baru bakal tercipta sepanjang perjalanan balik ke Universiti.
Dengan tiada aircon, kerusi seperti bas mini Kuala Lumpur, perjalanan ke Universiti terasa sangat jauh bagi aku dan rakan-rakan. Ada yang siap muntah apabila sampai kerana tidak tahan dengan gonjangan bas.
Aku tidak pernah menyertai program OPKIM sebelum ini, pengalaman pertama & mungkin yang terakhir ini pasti memberi seribu satu erti buat aku untuk bersama dengan adik-adik junior yang kini aku rasa telah bergelar isteri atau suami & ibubapa kepada anak-anak mereka.
Aku faham mengapa ada siswa/i yang sangat suka sertai program seperti OPKIM ini, nasib baik sebelum aku tamat belajar sempat menyertainya, jika tidak sampai ke sudah aku tidak mengertai apa itu sebalik nama OPKIM.
Comments
Post a Comment