Festival Universiti Malaya


Di antara saat yang tidak harus di sia-siakan oleh seorang Mahasiswa Universiti Malaya ialah apabila pihak universiti menganjurkan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM). Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan sepanjang tempoh FESKUM di adakan.

Di antara aktiviti yang menarik perhatian ialah festival kesenian yang melibatkan pertandingan pelbagai cabang kesenian yang melibatkan mahasiwa yang mewakili kolej kediaman masing-masing.  

Di antara kesenian yang dipertandingkan ialah Tarian tradisional atau kreatif. Battle of band, nasyid dan pelbagai lagi. Para pelajar yang terlibat dengan pertandingan tersebut, kebiasaan dianggap sebagai artis kolej kediaman, pelajar popular di kolej kediaman masing-masing.

Semakin hampir kepada sesebuah pertandingan, semakin kerap latihan demi latihan diadakan. Kebiasaan waktu siang, aktiviti kuliah berjalan seperti biasa tetapi apabila malam suasana berubah. Waktu FESKUM, penghuni yang terlibat akan sibuk menjalani latihan demi latihan.

Di antara kesenian yang aku gemari ialah tarian kreatif. Mengapa?, harus saksikan baru faham mengapa ia digemari oleh kaum lelaki seperti aku ini.

Adakah aku tidak terlibat dengan festival kesenian sempena feskum?. Setiap pertandingan aku pasti terlibat kerana aku menyertai team teknikal kolej kediaman. Team aku yang akan membantu artis-artis kolej kediaman mempunyai persiapan di belakang pentas dan dibahagian audio atau lighting, termasuk rakaman ketika pertandingan berlangsung. 

Aku percaya di antara kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh mahasiswa/i ialah kenangan datang ke DTC untuk menyaksikan pertandingan bersama kekasih hati. Ada pasangan yang mengambil peluang kesejukan DTC dan kegelapannya duduk rapat-rapat dengan kekasih. Aku hanya melihat adegan tersebut dengan air mata sebab aku tiada kekasih dari awal semester sehingga tamat pengajian.

Menjadi team teknikal kolej kediaman bukan hanya bertugas ketika pertandingan berlangsung. Semasa masing-masing sedang dalam proses latihan, aku dan team turut terlibat dari sudut sokongan teknikal.

Setiap team kesenian memerlukan peralatan yang berbeza termasuk pemakaian. Ada disediakan menggunakan wang sendiri dan ada menggunakan wang peruntukan kolej kediaman. Para pelajar yang terlibat, benar-benar serius untuk mencapai kemenangan.

Waktu FESKUM juga merupakan waktu untuk mahasiswa/i mencari pasangan. Aku tengok ramai yang bersama dari bergelar pelajar sehingga menjadi ibubapa. Kuat jodoh masing-masing.

Selain festival kesenian sepanjang feskum diadakan, pelbagai lagi aktiviti disediakan untuk para pelajar dan ibubapa yang hadir ke majlis konvoksyen anak-anak mereka. 

Di antaranya semestinya gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang menarik dan amat jarang berjumpa di cafe dalam kampus. Pihak universiti turut memberi tapak gerai kepada persatuan pelajar.

Gerai makanan milik persatuan pelajar yang sering menjadi tumpuan aku ialah Gerai Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMKUM) dan Gerai Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA). 2 gerai yang wajib aku datang sepanjang FESKUM berlangsung.

Bagi mereka yang hanya duduk di bilik kuliah atau bilik penginapan sepanjang FESKUM berlangsung, sesungguh mereka berada dalam kerugian pengalaman. FESKUM akan hanya berlangsung bila tiba waktu konvokesyen para pelajarnya termasuk aku.

Moment yang aku tidak berpeluang rasai ketika feskum ialah diraikan sebagaimana persatuan pelajar cina, india meraikan senior mereka yang tamat pengajian.

Ketika konvokesyen merupakan waktu untuk pasangan kekasih memperkenalkan pasangan mereka kepada keluarga masing-masing. Meriah bukan?.

Banyak lagi kenangan di FESKUM cuma ia berbeza kepada setiap mahasiswa. Kenangan aku setakat apa yang dikongsikan. Aku tidak ramai kawan seperti mana abang aku ketika konvokesyennya.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?