Politik Universiti

Banyak perkara yang aku menimba pengalaman di Universiti, bukan hanya belajar semata-mata. Pada aku, amat rugi seorang mahasiswa itu jika tidak menimba sebanyak mungkin pengalaman sepanjang tempoh di Universiti kerana ia hanya sekali seumur hidup.

Di antara pengalaman tersebut ialah penglibatan aku dalam arena politik kampus. Universiti Malaya merupakan salah satu Universiti pada pandangan aku,  memberi peluang kepada para pelajarnya aktif dalam politik.

Pemilihan pemimpin Mahasiswa dijalankan dalam bentuk Pilihan Raya. Pilihan Raya kampus pula terbahagi kepada Pilihan Raya peringkat fakulti dan Universiti. Ia boleh disamakan seperti Pilihan Raya peringkat Dun dan Parlimen di Malaysia.

Bagi tahun pertama aku di Universiti, aku dilihat oleh pelajar senior untuk menjadi jentera Pilihan Raya bagi calon pelajar peringkat Fakulti Sastera dan Sains Sosial ketika itu. Tugas aku hampir sama seperti jentera parti politik di luar Universiti, malah aku harus meraih undi dari para pelajar Universiti.

Bila menyentuh soal politik, semestinya ia melibat banyak pihak yang bertanding. Cuma ketika itu, aku hanya mengenali dua pihak sahaja iaitu komponen pelajar di panggil GAGASAN dan satu lagi komponen pelajar di panggil GABUNGAN

Aku mewakili komponen GABUNGAN ketika menjadi Jentera pilihan raya kampus pada tahun pertama, kemudian pada tahun ke-2 & ke-3 aku di Universiti, aku menyokong komponen GAGASAN.

Bagi mereka yang aktif politik kampus pasti mengetahui hakikat politik kampus yang sebenarnya. Aku pernah menghadiri penutupan kursus bagi para pelajar yang menjadi calon mewakili komponen GABUNGAN seluruh Malaysia bagi pilihan raya kampus nanti.

Pihak GABUNGAN mengetahui bahawa aku salah seorang senior yang menyokong komponen GAGASAN menyebabkan nama aku disenarai hitam untuk beberapa perkara tertentu.

Cuma pada tahun ke-2, aku dalam usaha menghidupkan kembali Persatuan Pelajar Pengajian Media, Universiti Malaya. Oleh itu, aku harus memilih dan melatih mahasiswa yang aku rasa layak bagi menjadi pemimpin pelajar pengajian media. Namun aku kecewa bila pelajar yang aku harapkan menjadi calon peringkat fakulti mewakili komponen GAGASAN.

Aku sebenarnya kagum dengan pemimpin pelajar yang terpilih dan lantang bersuara dalam pelbagai isu di peringkat Universiti atau Negara. Mengapa?, hal ini disebabkan mereka merupakan para pelajar yang aktif dalam persatuan dan cemerlang dalam pelajaran.

Aku melihat ramai dikalangan mahasiswa yang aktif dalam politik kampus, meneruskan penglibatan mereka dengan politik tanahair. Ada yang menjadi ADUN, ada yang menjawat jawatan penting dalam parti yang mereka sertai.

Pada aku, buat mana-mana pelajar universiti yang aktif dalam persatuan atau politik kampus. Selagi bijak membahagi masa di antara waktu belajar dengan aktiviti lain. In sha Allah pasti diakhirnya, mampu menjadi pelajar yang cemerlang sebagaimana senior-senior yang terdahulu.

Penglibatan politik kampus, boleh dianggap sebagai satu amanah serta latihan buat pelajar yang terlibat. Amanah untuk menyuarakan hak para pelajar dan latihan untuk menjadi pemimpin pelapis negara apabila tamat pengajian nanti.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?