RINGKASAN TAHUN 2019
Tahun 2019, kini semakin sampai ke penghujung, setiap dari kita semestinya mempunyai catatan peribadi yang mempunyai pelbagai kenangan yang akan diingati sampai bila-bila. Cuma aku secara peribadi tertanya-tanya tentang catatan perjalanan hidup setakat ini. Menarik atau membosankan kerana setiap kita hanya ada 2 kemungkinan iaitu menarik atau sebaliknya. Bagi aku, setiap dari kita atau makhluk yang hidup di atas dunia ini mempunyai perjalanan hidup yang tersendiri. Permulaan dari sebuah kelahiran yang menggembirakan dan berakhir dengan sebuah kematian, sesungguhnya hakikat yang kita lupa bahawa dunia ini hanya sementara sahaja, akhirat juga yang abadi. Tahun ini, umur aku memasuki angka 36, tahun depan in sha Allah andai panjang umur memasuki 37. Namun kisah perjalanan aku, sejujurnya masih samar-samar. Masih belum pasti haluan mana harus aku ambil. Terasa kelakar bukan?, ketika orang lain yang sebaya dengan aku telah lama menemui haluan perjalanan mereka. Adakah aku telah temu...