RINGKASAN TAHUN 2019
Tahun 2019, kini semakin sampai ke penghujung, setiap dari kita semestinya mempunyai catatan peribadi yang mempunyai pelbagai kenangan yang akan diingati sampai bila-bila. Cuma aku secara peribadi tertanya-tanya tentang catatan perjalanan hidup setakat ini. Menarik atau membosankan kerana setiap kita hanya ada 2 kemungkinan iaitu menarik atau sebaliknya.
Bagi aku, setiap dari kita atau makhluk yang hidup di atas dunia ini mempunyai perjalanan hidup yang tersendiri. Permulaan dari sebuah kelahiran yang menggembirakan dan berakhir dengan sebuah kematian, sesungguhnya hakikat yang kita lupa bahawa dunia ini hanya sementara sahaja, akhirat juga yang abadi.
Tahun ini, umur aku memasuki angka 36, tahun depan in sha Allah andai panjang umur memasuki 37. Namun kisah perjalanan aku, sejujurnya masih samar-samar. Masih belum pasti haluan mana harus aku ambil.
Terasa kelakar bukan?, ketika orang lain yang sebaya dengan aku telah lama menemui haluan perjalanan mereka. Adakah aku telah temui cuma tidak menyedari?, Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan sepanjang hidup ini.
Terasa kelakar bukan?, ketika orang lain yang sebaya dengan aku telah lama menemui haluan perjalanan mereka. Adakah aku telah temui cuma tidak menyedari?, Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan sepanjang hidup ini.
Walaupun masih samar-samar, aku tetap bersyukur kerana Allah SWT memilih aku untuk memulakan perjalanan ini. Lahir dalam keluarga sederhana, ibubapa merupakan pesara kerajaan manakala abang pula seorang penjawat awam. Ibubapa aku datang dari keluarga yang sangat susah, dari kecil hingga dewasa tidak merasa keselesaan.
Walaupun lahir dalam keluarga kecil, ibubapa ku sentiasa berusaha memastik setiap keperluan anak-anak dipenuhi walaupun mungkin tidak seratus peratus. Boleh dikatakan keluarga ku bukan dari keluarga yang senang namun happy dengan apa yang kami ada.
Malah, moment paling gembira ketika hari gaji ibu, baru dapat merasa makanan yang menjadi idaman atau membeli sesuatu yang dihajati.
Malah, moment paling gembira ketika hari gaji ibu, baru dapat merasa makanan yang menjadi idaman atau membeli sesuatu yang dihajati.
Selepas STPM, siapa sangka aku terpilih untuk memulakan perjalanan menjadi seorang Mahasiswa, di sebuah Universiti yang terkemuka. Ketika tahun akhir, aku mula kerap terfikir tentang perjalanan yang bagaimana aku bakal harungi setelah tamat belajar?.
Belum sempat aku mulakan sebuah perjalanan baru, abah meninggal kami buat selamanya, akhirnya perjalanan aku berubah dari seharusnya pada pendapat aku.
Belum sempat aku mulakan sebuah perjalanan baru, abah meninggal kami buat selamanya, akhirnya perjalanan aku berubah dari seharusnya pada pendapat aku.
Aku hanya ada 2 orang adik-beradik, abang aku telah lama memulakan perjalanan hidup selaku penjawat awam. Maka aku yang harus melaksanakan tugas selaku anak untuk menjaga ma. Ketika itu, setiap hari ini konflik dalaman bermain difikiran kerana impian aku besar, namun tak mampu aku kejar kerana tanggungjawab.
Tahun berganti tahun, perjalanan yang tersedia aku lalui jua walaupun jiwa memberontak ingin memulakan sebuah perjalanan baru. Mengapa?, suasana menyebabkan aku memberontak. Jiwa aku bukan di sini tapi ibu harus dijaga.
2012, peluang untuk aku terokai dunia baru terbuka, Alhamdulillah, ibu merestui hasrat, maka merasa juga memulakan sebuah perjalanan baru ketika angka usia semakin bertambah.
Namun takdir menentukan segalanya, perjalanan aku terhenti kerana keadaan memaksa. 2015, Aku kembali memulakan perjalanan lama, setelah pelbagai pengorbanan aku buat, akhirnya aku dibuang begitu sahaja. Ada jiwa naik darjatnya kerana air keringat insan terbuang ini.
2016 hingga sekarang, walaupun tidak banyak kisah boleh dilakarkan di atas kanvas kehidupan namun keperitan cukup terasa. Apabila hidup dalam kelompok jiwa & minda tidak selari dengan aku, entah mengapa, perjalanan hidup kini bagaimana berada di bumi asing. Mereka bukan aku, aku bukan mereka namun terpaksa hidup dalam satu dunia.
Aku kembali berfikir, kemanakah perjalanan ini akan membawa diri ini?. Orang lain, begitu gembira memulakan perjalanan yang sempurna bagi insan bernama manusia di atas dunia.
Mahu tak mahu, harus teruskan perjalanan ini, aku masih berharap ada sinar dihujung laluan ini. 2020 pada zahir nampak cantik tetapi adakah ia cantik dalam menulis kisah perjalanan hidup insan bernama Rul Aziz?.
Comments
Post a Comment