Keluhan Kecil Dari Aku
Setiap dari kita, semestinya mempunyai rutin atau aktiviti harian yang berbeza, banyak faktor yang mempengaruhi rutin seseorang itu, rutin harian seorang Perdana Menteri semestinya berlainan dengan rutin harian seorang penganggur seperti aku.
Perkongsian kali ini, aku ingin bercerita soal rutin harian sepanjang tahun 2019. Boleh dikatakan aku banyak habis masa di rumah sahaja, hal ini disebabkan keadaan kesihatan ibu yang memerlukan seseorang menemani sepanjang masa.
Setelah peristiwa ibu tidak sedarkan diri, membuatkan aku trauma untuk membiarkan ibu tinggal seorang diri dalam tempoh lama.
Walaupun kini, aku seorang penganggur, itu bukan bermakna aku tidak berusaha mencari peluang dan ruang, bahkan aku pernah tubuhkan Syarikat pada tahun 2017.
Namun, syarikat hanya atas nama sahaja kerana setiap perancangan menemui kegagalan tanpa bermula. Cukup tempoh, aku tutup syarikat tersebut.
Ketika aku bekerja di Putrajaya, sekitar tahun 2012 sehingga 2015, ada cousin yang tengokkan ibu terutama pada waktu malam. Kini keadaan dah berubah, seorang telah berkahwin, manakala seorang lagi telah menyambung pelajaran ke Matrikulasi.
Kebiasaan, rutin harian bermula apabila aku bangun pukul 5.30 pagi setiap hari, sedikit lewat berbanding ibu yang bangun sekitar 4.30 pagi.
Tugas pertama aku setiap hari ialah buka lampu di ruang dalam rumah dan tutup lampu di bahagian luar rumah, kemudian baru persiapkan diri untuk solat Subuh.
Walaupun tidak elok diamalkan, aku kembali lena sekejap, selepas selesai solat, bangkit kembali sekitar pukul 7 pagi untuk sediakan sarapan untuk ibu. Menu yang biasa dihidangkan teh O kosong dan kuih.
Teman ibu sekejap menonton rancangan kegemarannya sebelum ibu menunaikan solat sunat dhuha, manakala aku menulis apa sahaja yang difikirkan termasuk perancangan yang tidak terlaksana mungkin sampai bila-bila.
Pukul 11.00 pagi adalah waktu untuk membeli makanan tengahari. Bukan aku malas nak masak, tetapi rasa membazir kerana aku dan ibu jenis bukan kaki makan.
Teman ibu makan tengahari sambil menonton tv sehingga waktu zohor. Ibu pernah tidak sedarkan diri secara tiba-tiba kerana saluran penafasan tersumbat dengan makanan yang di makan ketika waktu tengahari.
Selesai waktu zohor, aku tidur sekejap sebelum bangkit sebelum pukul 4 petang. Selesai badar asar, tugas seterusnya menyediakan minum petang, sama ada cekodok atau beli makanan di kedai berhampiran.
Usai selesai solat Magrib, waktu bertadabur bersama ibu sambil menanti waktu isyak. Selesai solat, teman ibu bersama abang, menonton tv sehingga pukul 11 malam.
Waktu ibu tidur, aku harus tunggu, jika ada apa-apa lagi yang diperlukan ibu. Bila ibu tidur barulah aku tidur maka selesailah daily life untuk satu hari.
Bosan kan?, aku sentiasa berusaha memikirkan bagaimana untuk memeriahkan kehidupan setiap hari. Tapi rutin yang sama juga dilakukan, belum tiba masa rutin mandikan anak atau maknya.
Aku percaya sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui apa yang terbaik buat diri ini, maklumlah aku bukan seorang yang bernasib baik dalam pelbagai perkara.
Aku percaya sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui apa yang terbaik buat diri ini, maklumlah aku bukan seorang yang bernasib baik dalam pelbagai perkara.
Comments
Post a Comment