Iftar Endemik
Ramadhan telah memasuki hari ke-19/20, in sha Allah tinggal 10 hari lagi untuk umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan aktiviti ibadah lain yang biasa dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Selain itu, sepanjang bulan Ramadhan, kebanyakan Umat Islam di Malaysia suka untuk berbuka puasa di kawasan terbuka atau di premis-premis perniagaan yang menawarkan pelbagai pakej berbuka untuk pelanggan. Aku faham aktiviti berbuka puasa ini telah lama dilakukan sebelum pandemik melanda dunia. Cuma adakah itu bermakna kita harus melupakan pengalaman yang kita lalui sepanjang 2 tahun yang lalu?. Di Kelantan, lokasi yang menjadi tumpuan orang-ramai untuk berbuka puasa bersama keluarga ialah Lembah Sireh berdekatan dengan pasaraya lotus. Selain itu, premis-premis yang menawarkan pakej berbuka puasa seperti restoran atau hotel tetap menerima tempahan berbuka puasa seperti sebelum pandemik. Walaupun status kesihatan negara ketika ini berstatus endemik, itu bukan bermakna kita boleh beranggapan tiada ...