1 Ramadhan 2022
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada kali ini. Setelah 2 tahun, Ramadhan di sambut dengan penuh kekangan, kali ini seluruh umat Islam dapat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.
Paling menarik ialah warga perantauan, Ramadhan kali ini, mereka boleh bersahur dan berbuka bersama keluarga di kampung.Tempoh 2 tahun bukan satu tempoh yang singkat, semua disebabkan pandemik yang melanda. Tahun ini, atuk dan nenek pasti gembira sebab anak-anak dan cucu balik untuk berpuasa bersama-sama.
Bagi keluarga kecil aku, alhamdulillah abang balik untuk bersahur dan berbuka pada 1 Ramadhan bersama-sama ma dan aku. Sesungguhnya kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada hari esok maka hargainya masa yang ada pada hari ini. Walaupun hanya untuk sehari, ia cukup mengembirakan ma, anak-anak ada didepan matanya.
Bila kita bercakap tentang Ramadhan, pasti kita akan berbicara sama tentang baazar ramadhan. Alhamdulillah setelah 2 tahun menyepi, baazar Ramadhan kembali lagi, aku pada awalnya beranggapan pasti sesuatu yang baru ditawarkan di baazar ramadhan pada kali ini, anggapan aku salah sama sekali kerana juadah yang ditawarkan masih sama. Hanya berbeza dari segi harganya iaitu lebih mahal berbanding 2 tahun sebelumnya.
Solat sunat terawih turut dibenarkan pada Ramadhan kali ini, alhamdulillah walaupun ada beberapa perkara masih ditetapkan SOP tapi ia masih boleh diterima. Walaupun negara kini berada di status endemik namun itu bukan bermakna kita benar-benar selamat atau sistem kesihatan kita benar-benar utuh dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Aku berharap rakyat Malaysia, tidak memandang pelbagi sisi bagi situasi terkini dalam negara. Walau ada kelonggaran namun jangan sampai ia memberi kemudaratan kerana virus yang mencetuskan pandemik masih wujud dikalangan kita. Kes kematian masih dicatatkan walaupun suntikan ke-3 telah diberikan.
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan buat kita semua. Terutama ada dikalangan kita diuji dengan kedukaan yang mungkin hanya sesama kita mengetahui rasanya berbanding pemimpin yang leka tinggal di atas.
Comments
Post a Comment