Berisiko Dijangkiti
Ramadhan telah memasuki hari ke-12/13, sepanjang tempoh tersebut. Pelbagai aktiviti yang biasa dijalankan oleh Umat Islam kembali berjalan seperti biasa seperti solat sunat terawih di masjid atau ke bazar ramadhan untuk mencari juadah berbuka.
Setelah 2 tahun segalanya ditunda, kini apabila mendapat kebenaran, semestinya orang-ramai berasa sangat gembira. Bahkan solat di masjid kini tidak perlu menjaga jarak lagi. Namun benarkah kita benar-benar selamat? atau adakah benar bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan terhadap pandemik tersebut?.
Sejujurnya masih wujud segelintir manusia yang beranggapan bahawa pandemik ini, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Ia kini boleh dianggap seperti demam selesema biasa sahaja. Aku pernah dijangkiti dan tahu sakitnya apabila dijangkiti, bahkan sepupu-sepupu aku hampir sahaja meninggal dunia disebabkan jangkitan COVID19.
Aku percaya ada kewajaran mengapa status kesihatan Malaysia kini telah bertukar kepada status endemik. Namun pihak KKM tetap berharap agar orang-ramai masih mematuhi SOP. Adakah orang-ramai akan mematuhi SOP yang dikemukakan?. Mungkin sekadar arahan tetapi semakin lalai dipatuhi.
Aku kongsikan pemerhatian di lokasi bazar ramadhan kedai Ketereh, Parlimen Ketereh.Sebelum memasuki ruangan jualan pengunjung harus daftar masuk melalui aplikasi mysejahtera atau tulis nama di buku daftar masuk. Bagi tempoh 5 minit, aku menyaksikan beberapa orang sahaja mematuhi SOP tersebut. Bahkan ada beberapa pintu masuk yang tidak diwujud check points untuk daftar masuk.
Seterusnya, semakin ramai pengunjung yang tidak memakai facemask apabila memasuki ruang jualan bazar ramadhan. Bahkan ada ibubapa sanggup membawa anak-anak kecil bersama. Ibubapa memakai facemask tetapi anak-anak tidak. Tiada penjarakan sosial ketika membeli juadah bahkan sentuhan diantara pengunjung itu biasa seolah-olah kita bukan berada di era pandemik.
Adakah kita lupa bahawa virus ini akan terus bermutasi dan mungkin semakin kebal terhadap vaksin yang disuntik. Sebab itu, pihak KKM mula memberi syor untuk warga emas menerima suntikan dos ke-4. Itu bermakna pada pemahaman peribadi aku, kita masih belum selamat.
Ketika ini, berlaku perintah berkurung di bandar yang penduduknya teramai di China, perintah tersebut bertujuan membendung jangkitan virus terbabit. Sedangkan China sebelum ini hampir sahaja bebas sepenuhnya dari pandemik ini.
Wujud kes kematian disebabkan COVID19 di kawasan Kedai Ketereh ini, namun aku melihat ia belum cukup untuk menakutkan orang-ramai bagi mematuhi SOP bagi elak jangkitan. Kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana keadaan status kesihatan negara sebulan selepas cuti sambut aidilfitri nanti.
Aku bukan mendoakan yang buruk berlaku, cuma memberi pendapat bahawa jika begini situasi sekarang di kalangan masyarakat daerah aku tinggal, tidak mustahil wujud kembali istilah kluster-kluster jangkitan.
Comments
Post a Comment