Baca Al-Quran
Menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam mempelajari dan mendalami kitab suci Al-Quran . Alhamdulillah, ibubapa aku sentiasa menekankan soal membaca Al-Quran , paling penting aku atau abang harus khatam Al-Quran , paling minimun sekali seumur hidup. Guru pertama yang mengajar aku dan abang membaca atau mengenal huruf ialah ibu kami sendiri. Setiap malam aku dan abang harus belajar dan membaiki bacaan kami di hadapan ibu, kebiasaan di antara waktu selesai solat Magrib sehingga masuk waktu Isyak. Bagi memastikan bacaan aku dan abang semakin baik, abah menghantar kami mengaji Al-Quran di rumah guru mengaji yang memang waktu tertentu diperuntukan untuk anak-anak sekitar kawasan rumah. Guru mengaji pertama selain ibu, merupakan pasangan suami-isteri. Aku tiada sebarang masalah, cuma sikap guru yang garang menyebabkan aku sering ponteng mengaji. Pada satu hari, kami kantoi iaitu abah tahu bahawa aku tidak pergi mengaji pada hari itu. Hal itu menyebabkan abah sangat marah kerana aku san...