Penularan Baru Pandemik
Ketika ini, di antara isu utama yang mendapat perhatian rakyat Malaysia adalah isu kenaikan mendadak jumlah rakyat yang positif dijangkiti Covid19, setiap hari jumlah yang dijangkiti telah mencapai nilai angka 3 digit, sesuatu yang harus dibimbangi kerana mahu tak mahu mungkin PKP dilaksanakan kembali.
Apabila terjadinya sesuatu penularan yang agak besar radius jangkitan, pasti kita ingin mengetahui puncanya agar senang untuk mengenal pasti kaedah merawatnya atau menghindarnya.
Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini negeri berstatus hijau merujuk tiada jangkitan yang berlaku, kini mula berubah ke status kuning apabila telah wujud kes-kes jangkitan walaupun difahamkan masih kecil nilainya.
Pada pendapat peribadi aku, bagaikan jelas salah punca terjadinya ledakan penularan Covid19 apabila terjadinya Pilihan Raya Negeri di Timur Malaysia.
Alasan aku?, ketika proses PRN di laksanakan, sememangnya terjadi penularan di negeri tersebut, apabila bermula tempoh berkempen, boleh dikatakan ada sahaja ahli Parti dari Semenanjung berada di Sabah untuk membantu calon-calon parti mereka yang bertanding.
Tanpa menyedari bahawa ketika proses berkempen, mereka telah dijangkiti dan paling ketara tidak mempunyai sebarang simptom setelah beberapa waktu.
Setelah PRN berakhir, keseluruhan ahli parti dari semenanjung kembali semula. Ketika ini, penularan mula terjadi sedikit demi sedikit bahkan ada laporan menyatakan ada sekolah-sekolah yang harus di saring setelah dikenalpasti bahawa berlaku kontak langsung dengan pesakit Covid19.
Bagaimana kita harus lakukan untuk berjaya mengharungi ledakan penularan baru ini?, apa yang aku faham dari kenyataan pihak KKM, rakyat Malaysia ketika ini diminta untuk berada di dalam rumah sekiranya tiada keperluan khusus untuk keluar.
Harus sentiasa memakai FACEMASK apabila keluar dari rumah dan mencuci tangan setiap masa bagi mengelak risiko jangkitan apabila pulang ke rumah. 2 Perkara ini, pada pendapat jujur aku, masih wujud kelompok masyarakat yang sukar mematuhi arahan tersebut.
Kerajaan pula, aku lihat seperti meletakkan rakyat yang harus berusaha memastikan penularan tidak berlaku. Hakikat yang nyata ledakan penularan ini terjadi kerana berlaku aktiviti rentas daerah dan negeri serta aktviti waktu malam.
Dari kenyataan yang diberikan, ketika ini kerajaan belum merancang untuk menyekat aktiviti rentas daerah atau negeri atau pada waktu malam. Ia berdasarkan nilai jangkitan yang sangat rendah serta masih terkawal.
Mampukah kita mengharungi ledakan pada kali ini?, adakah dipenghujung nanti PKP juga menjadi pilihan. Sedangkan kerajaan masih beranggap semuanya pasti baik-baik sahaja. Maka aku hanya mampu katakan kita tunggu dan lihat sahaja.
Comments
Post a Comment