Lesen TV



Aku amat pasti bahawa golongan bawah umur 25 tahun tidak sempat merasa situasi di mana rakyat Malaysia harus mempunyai lesen sekiranya ingin memiliki TV atau Radio di rumah.

Apabila dikenangkan kembali, terasa sangat kelakar kerana harus membayar RM24 bagi tempoh setahun untuk memiliki sebuah tv atau radio pada waktu itu.

Peraturan tersebut ditetapkan bagi menampung kos penyiaran pada waktu itu kerana difahamkan bahawa konsep pengiklanan ketika itu masih baru dan masih belum banyak syarikat-syarikat terlibat dengan pengiklanan.

Aku difahamkan bahawa ketika itu, turut wujud pihak penguatkuasa yang melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mengesan pemilik rumah yang gagal mendapatkan lesen bagi TV dan Radio. Sekiranya tertangkap tidak memiliki, akan dikenakan denda yang nilainya aku sendiri lupa sebab masih kecil pada waktu itu.

Aku tiba-tiba teringat filem sarjan Hassan yang mana memaparkan babak pihak Jepun mengharamkan penduduk tanah melayu memiliki radio. Kalau tertangkap akan dipancung, begitu kisah yang di persembahkan dalam filem tersebut.

Alhamdulillah, keadaan berubah mengikut zaman, akhirnya peraturan lesen dibatalkan oleh kerajaan, rakyat Malaysia mula bebas memiliki TV dan radio di rumah. Tiada lagi kesalahan untuk dikenakan denda.

Hanya kenangan yang tinggal bahawa dalam sejarah Malaysia, pernah wujud peraturan wajib memiliki lesen tv jika ingin membeli dan memiliki tv atau radio.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?