BUDGET 2021

 DEMI RAKYAT ATAU DEMI KUASA


Ketika ini, aku percaya bahawa semua pihak termasuk rakyat Malaysia, menantikan hari berlangsung Persidangan Dewan Rakyat yang dijangka bermula pada 2 November 2020.

Pada persidangan kali ini, dijangkakan banyak drama menarik yang bakal disajikan, di antaranya ialah usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia dan Perbentangan Budget bagi tahun 2021 yang dijangkakan pada 6 November 2020.

Pada aku secara peribadi, kita akan menyaksikan adakah ahli Parlimen yang telah dipilih para PRU ke-14 yang lalu, sanggup berkorban dengan rakyat atau kuasa?.

Secara logik akal yang waras, sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan tindakan yang menjejaskan budget 2021 terutama dari sudut kelulusan Dewan Rakyat. Impak yang harus ditanggung sangat sukar untuk digambarkan terutama ketika negara sedang bertarung mengharungi gelombang baru penularan Pandemik Covid19.

Ketika ini, aku melihat ke dua belah pihak seperti cuba berdamai seketika bagi mencapai persetujuan bersama berhubung soal budget 2021. Aku amat berharap, hasilnya sangat memberangsangkan terutama menyentuh soal kepentingan rakyat Malaysia.

Pandemi Covid19, mendatangkan krisis yang besar terhadap dunia termasuk Malaysia, maka budget 2021 merupakan budget yang sangat penting dalam memastikan kelangsungan rakyat Malaysia dan ekonomi negara.

Semua orang mampu berpidato dengan memberi seribu janji namun akhirnya rakyat juga yang rugi dan sengsara sekali, kayangan terus terbang tinggi, bawahan terus tertekan hingga memasuki bumi.

Diharapkan rakyat Malaysia, terus berdoa semoga Allah SWT melindungi kita dari pemimpin yang ingin kuasa sehingga lupa bahawa rakyat ada didepan mata. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?