Politik Rakyat


Masih berbaki beberapa hari lagi untuk tempoh PKPB yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan tamat. 

Adakah ia bakal bersambung atau sebaliknya?, jawapan itu ada pada dapatan hasil saringan yang diadakan oleh pihak KKM.

Jika dilihat pada laporan semasa, berhubung tahap penularan Pandemik Covid19, aku beranggapan bahawa ia masih ditahap yang kritikal kerana nilai pesakit positif masih berada pada nilai 3 digit walaupun jumlah pesakit yang sembuh turut berada di nilai yang sama.

Aku melihat agensi di bawah MKN, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan segala keperluan atau persiapan yang dirancang berjalan lancar terutama di negeri Sabah yang ketika nilai jangkitan agak tinggi.

Ketika rakyat Malaysia berada dalam kekalutan Pandemik Covid19, wujud pula konflik baru yang ditimbulkan oleh kelompok T20 iaitu kelompok ahli politik yang sibuk ingin menjatuhkan Perdana Menteri ketika ini.

Dewan Rakyat telah memaklumkan tarikh Persidangan seterusnya, bahkan ramai ahli Parlimen telah mengemukakan usul bagi Persidangan tersebut termasuk usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia. 

Pada aku, apabila usul telah dikemukakan maka ahli Parlimen hanya perlu menunggu waktunya bukan sibuk berbunyi soal politik ketika rakyat semakin hilang arah.

Negara masih dalam proses pemulihan ekonomi, setelah ramai kehilangan pekerjaan, baru ingin bangkit namun sekali lagi rebah kerana gelombang baru yang hadir, bagaimana untuk hari berikut?.

Kebanyakan Shopping Mall semakin lengang, sunyi tanpa pengunjung atau pembeli, sedangkan ada perkara perlu dibayar, bagaimana?, walaupun perniaga mempunyai pilihan untuk melakukan jualan secara online atau menggunakan perkhidmatan rider. 

Pada aku, masih belum cukup untuk mengatasi kos yang harus ditanggung.

Bagi para ahli politik tanahair, jangan terlalu leka merebut kuasa, jika rakyat sengsara, apa guna kuasa yang ada?. 

Adakah mampu mendapatkan keyakinan para pelabur asing untuk datang berlabur di negara ini kembali?.

Setiap dari kita mempunyai agenda tersendiri, namun adakah ia untuk kepentingan peribadi atau kepentingan bersama?. 

Aku selaku rakyat berasa loya dan mual dengan sikap para pemimpin ketika ini, aku percaya ia turut dirasai oleh orang lain.

Tahun 2020 merupakan tahun cabaran buat kita semua, sebelum ini pendapatan mencecah ribuan kini hanya beberapa ratus sahaja, dulu menjadi juruterbang kini hanya menjadi food rider atau e-hailling sahaja.

Pemimpin terus di atas walaupun menjadi kerajaan atau pembangkang, cukup bulan masih menerima gaji sebagai ADUN atau Ahli Parlimen. 

Siapa yang meletakkan mereka pada situasi begitu?, semestinya rakyat bukan?. Maka tolonglah orang yang bertanggungjawab menjadikan kalian ADUN dan Ahli Parlimen.

Penularan Covid19 akan berakhir namun persoalan yang difikirkan ialah bila ia akan berakhir?, seminggu?, sebulan? atau setahun?. 

Berapa ramai ketika ini terkesan dengan Covid19?, sekira pemimpin dan rakyat bersatu, tempoh kritikal ini pasti mampu diharungi bersama. In sha Allah.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?