THINK BEFORE TALK

 PAKAI EMOSI BUKAN AKAL YANG WARAS


Perkara paling enak dilakukan oleh kita setiap masa ialah bercakap, boleh dikatakan setiap dari kita yang mempunyai anugerah bertutur pasti berbicara apa sahaja yang difikirkan, cuma sering kali kita lupa bertanya pada diri sendiri. Adakah kita berbicara menggunakan akal atau emosi semata-mata?.

Betapa hebat anugerah lidah yang diberikan oleh Allah SWT, sehingga ada hadis kalau tidak salah aku, menyatakan bahawa tutur yang diungkapkan lebih tajam dari sebilah mata pedang.

Budaya orang Melayu sepanjang pengetahuan aku, amat suka melepak di kedai kopi walaupun hanya ada 2 meja untuk pelanggan, apabila melepak maka harus bersembang dan ketika ini, pelbagai isu akan mula diperkatakan.

Aku pernah berkongsikan "Kisah di Kedai Kopi", setiap kali kelompok "tua" berkumpul dan bersembang, pasti soal politik menjadi salah satu "agenda" di kedai kopi.

Sekiranya inti berborak / bersembang setakat kritikan membina, aku masih boleh terima tetapi telinga ini mendengar seolah-olah mereka yang bersembang tidak pakai akal, hanya emosi semata-mata.

Seolah-olah mereka pakar dalam perkara yang sedang menjadi isu negara, pelik bukan, seandainya mereka merupakan kelompok pakar, pasti bukan di kedai kopi tempat mereka. Beginikah sikap yang harus dicontohi oleh kelompok muda?, berbicara kosong, buka memberi penyelesaian total, hanya dipenuhi dengan perkataan yang tidak sesuai didengari oleh telinga yang waras.

Pada aku, hanya "orang bodoh" taksub dengan politik tanahair. Sehingga ada yang sanggup putus siratulrahim kerana berbeza ideologi politik tempatan. Hakikat dalam dunia politik, segalanya boleh berubah 360', kelmarin bermusuh hari ini berkawan.

Pada aku, menjadi hak masing-masing untuk mempertahankan pemimpin politik dokongan, namun mempertahankan berdasarkan akal kerana kelak apabila terjadi perkara luar jangka, pasti tidak malu dengan tuhan dan diri sendiri.

Mengapa aku tidak menegur?, ada waktu dan ketika kita pasti menegur jika kena pada orangnya, bukan semua pihak dapat menerima teguran dari orang lain.

Abang aku sendiri pernah di salah erti perbuatannya sehingga menimbulkan kekecohan, nasib baik dapat diselesaikan dengan cara baik dengan abang aku yang meminta maaf.

Tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa amat mustahil untuk melihat kelompok manusia bijak pandai yang akan "think before talk". Bagi kita yang mendengar, hanya ada 2 pilihan, terus berdiam atau terus beredar segera.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?